Saturday 10 August 2013

Usah Perjudi Nasib Anggota Polis!!

Kerajaan Barisan Nasional (BN) diminta tidak memperjudikan nyawa dan nasib pegawai polis dengan meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada keselamatan rakyat dan negara.
 
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini bahawa secara purata seorang pegawai penyiasat (IO) perlu mengendalikan 19 kes siasatan sebulan manakala IO di kawasan “hot spot” pula perlu mengendalikan 20 hingga 30 kes sebulan.
 
“Berikutan itu kita dapat lihat bahawa Kerajaan BN memperjudikan nyawa rakyat dan membahayakan nyawa anggota polis kerana sibuk berpolitik dan enggan memberi sumber yang secukupnya untuk melawan jenayah,” demikian kata Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan.
 
Menurut beliau, dalam saranan Laporan Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin 2005, seorang IO sepatutnya mengendalikan lima kes sebulan.
 

No comments:

Post a Comment