Tuesday 13 August 2013

Politukus Pemilihan Agung UMNO

PRESIDEN UMNO

 Sehingga ke saat ini, DS Najib Razak dijangka akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Rasa yakin dan pasti UMNO akan mengalami malapetaka besar jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Ianya harus dikekalkan dan segala misi untuk memperkasakan UMNO harus dijalankan serta merta.

Oleh kerana itulah, kedua-dua mantan Presiden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Apabila Tun Dr. Mahathir dikeluarkan dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, kemudian dibawa masuk semula oleh Tun Abd. Razak malahan diberi gambaran Tun Mahathir terbang sebagai "Spiderman" yang menyelamatkan UMNO dan orang Melayu.

Selepas 40 tahun peristiwa itu, siapakah pula yang akan memegang watak Tun Razak dan watak Tun Dr. Mahathir sekarang ini?.

 Seperti PM2 yang lain, DS Najib Razak juga mahu menjadi Perdana Menteri yang paling baik kepada agamanya, bangsa dan negaranya. Semua itu sejarah yang akan menghukumnya.

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

 Muhyiddin pula hampir pasti dikatakan tidak berminat mencabar DS Najib Razak kerana sudah penat dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua Perdana Menteri.

Apabila ketiga-tiga Naib Presiden menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden mereka, bermakna desas-desus salah seorang Naib Presiden untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ini,  agak lain sedikit. Jika seseorang yang amat berminat masih berada di dalam kotak gear 1 dan sedang berhenti rehat di kotak N. Bila-bila masa dia boleh bermula di kotak gear D3 dan D, nasib baiklah kenderaannya dwi-fungsi yakni auto dan manual.

TS Muhyidin Yassin telah menunjukkan jati dirinya dan jati diri politiknya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kehebatannya tidak ubah seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail dan amat kagum.


NAIB PRESIDEN UMNO

 Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussien dan DS Shafie Apdal menyatakan keinginan mereka mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam hal ini, beberapa nama lain patut mencuba nasib mereka supaya UMNO itu dilihat demokratik sedikit. Saya melihat beberapa nama yang patut menawarkan diri mereka seperti Tan Sri Isa Samad, DS Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir amat tepat sekali dan mereka ini harus diberikan peluang.

Ahli UMNO mesti memikirkan 5 dan 10 tahun akan datang jika mahu memilih pemimpin UMNO kerana kepimpinan dalam UMNO akan mengemudi kepimpinan negara. Lainlah kalau UMNO ketandusan pemimpin, barangkali rakyat akan berpindah kepada parti lain.

Ahli UMNO perlu melihat kewibawaan sewaktu DS Ali Rustam mentadbir negeri Melaka. Pelbagai perubahan yang baik dibuat oleh beliau melalui pembanguan dan juga sektor pelancongan yang menjadikan Melaka terkenal di mata dunia. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO.




Tan Sri Isa Samad juga tidak kurang hebatnya. Kecekalan dan kebijaksaan beliau menjadi Boss Felda telah membawa perubahan yang besar pada warga Felda. Anak-anak Felda dibela dan mereka diberikan pelbagai pulangan atas titik peluk mereka selama ini dan jelas insentif yang diberikan membuktikan Felda semakin baik.

Kemenangan Datuk Mukhriz dan seterusnya mengambil semula negeri Kedah dengan kemenangan bergaya merupakan kekuatan dalaman, kekuatan sejarah dan kekuatan masa depan. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO. UMNO tidak akan pecah jika hanya berlaku pertandingan di peringkat Naib Presiden UMNO.

 Untuk kebaikan UMNO, bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO dengan jumlah calon yang ramai tidak akan merugikan UMNO. Dahulu, apabila TS Syed Hamid Albar tewas, beliau tetapi dilantik sebagai Menteri Penuh.

Sejarah politik Pak Lah ketika lama berada di dalam Naib Presiden patut menjadi contoh kepada sesiapa yang berhajat besar. Ahli UMNO harus memilih pemimpin yang layak bagi Naib Presiden UMNO adalah mereka yang benar-benar perjuangkan hak bangsa Melayu dan semangat juang yang tinggi, tegas serta berani mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Fikir-fikirkanlah ye....

No comments:

Post a Comment