Friday, 23 August 2013

Kenapa Jawatan Ketua Pemuda UMNO Perlu Dipertandingkan


Pemuda UMNO Malaysia telah mengatakan bahawa jawatan ketua pemuda perlu dikekalkan kepada penyandangnya hari ini iaitu  YB saudara Khairy Jamaluddin dan tidak dinafikan bahawa Khairy memanh dilihat layak untuk memeganh jawayan tersebut.
 
Jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan, masih mampukah saudara Khairy membawa pemuda seperti mana yang dilakukan sebelum ini? 
 
Bukanlah niat untuk menidakkan jasa Khairy, tetapi apa yang cuba sampaikan disini ialah, Khairy kini seorang menteri dan dalam keadaan sekarang, pemuda perlu dilihat lebih lantang untuk melontarkan hasrat dari akar umbi pemuda tambahan pula dalam melawan permintaan dan perlakuan tidak masuk akal pembangkang.
 
Jika dulu sebelum menjawat jawatan menteri, Khairy mampu untuk membawa pemuda melakukan perkara perkara demi untuk kedaulatan dan mempertahankan negara tetapi kini apabila menjawat jawatan menteri, perkara perkara seperti itu perlu dielakkan untuk menjaga imej kementerian yang di bawa oleh beliau kini.
 
Pemuda sebenarnya memerlukan seorang pemimpin yang bukan dikalangan menteri demi untuk membawa kepada perubahan kepada pergerakan tersebut dan sekali lagi pa yang dilakukan oleh YB Khairy sepanjang menjawat jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia yang bukan bertaraf menteri dilihat lebih praktikal.
 
Seperti contoh, YB Khairy pernah membawa para pemuda untuk tirin ke demonstrasi Patriot demi untuk menunjukkan bahawa masih ada pemuda yang tidak suka himpunan BERSIH diadakan dan ianya dilihat berjaya dan berkesan dan apabila beliau menjawat jawatan sebagai Menteri kini, maka beliau perlu untuk menjaga imej kementerian yang diketuai oleh beliau.
 
Keputusan perwakilan pemuda untuk memilih siapa ketua adalah penting demi untuk kesinambungan pergerakan pemuda itu sendiri.

1 comment: