Tuesday 23 October 2012

HARUN DIN ganti NIK AZIZ


TERKINI: NIK AZIZ TERSUNGKUR - HARON DIN BAKAL NAI...: Makin hangat gerakan menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz ketika ini.. Tindakan mereka juga semakin berani mengkritik Tuan Guru Keramat ini...

Monday 15 October 2012

Laporan Audit 20111 kerajaan buat kerajaan sawan

 LAPORAN AUDIT !!! Buat Pembangkang Sawan:

Laporan Audit 2011 y dibentangkan semalam membuatkan pembanbkang sawan. apa tak nya, dalam laporan tersebut menunjukkan penambah baikan dalam perbelanjaan kerajaan, pengurusan sistem pengurusan kewangan negara yg bertambah baik. Pembangkang mulai sawan dgn pendedahan tersebut. Sudah pasti mereka akan putar 1 alam utk menipu rakyat

Saturday 13 October 2012

PAS semakin sawan nak ke Putrajaya.

PAS Sudah Kemaruk Ke Putrajaya....PAS Lagi Memuji ...:

Ada kalangan ahli Pas yg sudah muak dan bosan dgn kepimpinan Pas kini. Ada juga kalangan ahli Pas yg mendesak supaya Nik Aziz meletak jawatan. Mungkin Nik Aziz telah terlalu tuan dan uzur utk memimpin. mungkin juga telah nyanyuk spt yg Tony Pua kata pd Dr Mahathir

PAS semakin sawan nak ke Putrajaya.

PAS Sudah Kemaruk Ke Putrajaya....PAS Lagi Memuji ...:

Ada kalangan ahli Pas yg sudah muak dan bosan dgn kepimpinan Pas kini. Ada juga kalangan ahli Pas yg mendesak supaya Nik Aziz meletak jawatan. Mungkin Nik Aziz telah terlalu tuan dan uzur utk memimpin. mungkin juga telah nyanyuk spt yg Tony Pua kata pd Dr Mahathir

Friday 12 October 2012

PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...

PAS SANGGUP KORBANKAN USAHAWAN MELAYU/ISLAM...:

Ini lah hakikatnya.. PAS sanggup mengorbankan  Tokoh Usahawan Melayu utk kepentingan politik mereka. Syed Mokhtar tak pernah mendabik dada dgn jasa dan sumbangannya terhadap Melayu dan Islam. PAS selaku parti Islam, apa sumbangannya dalam politik orang Melayu dan menegakkan syiar Islam? Sumbangan PAS terbesar dalam politik Melayu ialah memecah-belahkan orang Melayu. PAS sbg sebuah parti Islam sendiri mengakui tidak pernah membina masjid di Kelantan.

Inikah Parti Islam yg kita cari....

Semoga Allah Sembuhkan Ustaz Azizan

AT -TAUBAH 9:12: Yaa'sin Untuk Menteri Besar Kedah, Azizan Razak:

Kalau lah benar ini gambar Ustaz Azizan, semoga dia pulih spt sedia kala dapat menjalankan tugas sbg MB Kedah.

Pengundi Atas Pagar: Kenapa PAS &PR Semakin Susah ...

Pengundi Atas Pagar: Kenapa PAS &PR Semakin Susah ...:

Kenapa PR perlu khuatir sbb pengundi atas pagar?? Memang benar mereka ini adalah penentu.. BN kini bekerja keras untuk memenangi hati rakyat. Bukan spt PR yg hanya pandai menabur janji sahaja

Tuesday 9 October 2012

PAS Tersasar Jauh

 
 
Siapa yg tak kenal Shahnon Ahmad?? Orang yg pernah mengkritik hebat Tun Dr Mahathir.. Kini Shahnon sendiri mengakui bahawa kerjasama PAS-DAP jauh tersasar dari kehendak Islam. Shsahnon juga menasihati supaya PAS mengkaji semula kerjasama PAS dgn DAP.
 
PAS dilihat mula menggadaikan matlamat perjuangan Islam yg selama ini didokong pemimpinnya yg terdahulu demi inginkan kuasa.. Kuasa bagi PAS kini adalah segala-galanya. Pemimpin PAS kini dilihat semakin rakus mengejar kuasa. Semakin kemaruk inginkan kuasa, semakin menjadi-jadi impian inginkan kerusi2 empuk di Putrajaya.
 
Shahnon dilihat nyata kecewa dengan PAS hari ini. Disarankan pada Shahnon, kembalilah ke pangkal jalan.. Lihatlah betapa Nasharudin Mat Isa begitu lantang mengkritik PAS ekoran kerjasama parti itu dgn DAP yg dilihat jauh tersasar dari matlamat asal PAS.

Monday 8 October 2012

Pelakon Terbaik Alaf Ini..

Alahai Menteri Pelancongan

 
 
Bukan nak bercerita mahu mengata, setelah Kabinet Bayangan PR diumumkan, ini lah ceritanya. YB Elly Kang diumumkan sebagai bakal Menteri PELACURAN.. Opsss Menteri Pelancongan. Tapi maaf lah ye YB Elly Kang. Dah tersebar luas gambar ini ha..
 
 
 
PR khususnya Abg Nuar, pilihlah menteri yang lebih bersih dan baik sikit dari ini.. Nanti kabinet Abg Nuar teruk dicaci hina. Kalau susah sangat, lantik je SERI jd Menteri Pelancongan abg..


Undi PR bererti Undi Soros


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya. Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.

Pengerang Oh Pengerang

 
Kenapa dikatakan bingai dan bahlol? Apa tak bingai dan bahlolnya, rakyat Pengerang dah buat kenduri, dah seronok dengan kerajaan BN yang sudah menunaikan janjinya kepada penduduk Pengerang dengan membayar pampasan yang sepatutnya mereka terima.

Orang Pengerang dah seronok mahu menikmati pembangunan dan bakal menghuni disebuah perbandaran baru yang serba lengkap tetapi masih lagi menerima tiupan bayu laut.

Duit dah mereka terima, angkanya cecah ratusan ribu ringgi, kawasan pembangunan baru sedang rancak membangun tapi pemimpin puak pembangkang masih lagi bertekak. Itulah yang dikatakan bingai dan bahlol. Seorang bingai dan seorang lagi bahlol. Dua-duanya mahu meracuni pemikiran rakyat agar projek ekonomi berskala tinggi untuk kemakmuran dan kesejahteraan anak cucu dimasa akan datang tergendala. Perjuangan puak yang bingai dan bahlol ini ialah bukannya untuk kesejahteraan rakyat, tetapi perjuangan mereka ialah menggagalkan apa-apa jua yang bakal memberi manfaat kepada rakyat teramai.
 
Sedarlah wahai rakyat Pengerang, pemimpin pembangkan dengki sebab anda bakal jadi kaya raya, mereka tak dapat habuan apa-apa. Baru kini mereka sibuk cerita fasal pencemaran, sebelum ini tiada siapa yg peduli. Mereka sekadar menangguk di air yg keruh sahaja.

Saturday 6 October 2012

Bersabarlah Saudara Anwar.. Kuasa Allah tentukan semuanya

ANWAR IBRAHIM terlampau kemaruk dengan Jawatan Perdana Menteri, sampai terlupa, rakyat mungkin boleh memilih Pakatan Rakyat, tapi Kuasa Sulta mengatasi semuanya. Allah yg tentukan semua nya, bukan Anwar Ibrahim.

MALAYSIA IN CRISIS: Anwar Ibrahim Tidak Diperkenan Sebagai PM:

Semoga Impian ANWAR IBRAHIM tidak dimakbulkan Allah..
Amin amin ya rabbal alamin...

Kelentong Lagi


Thursday 4 October 2012

Azalina Taji Nurul Izzah

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mendedahkan peserta luar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30, dakwa Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.
 
Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar untuk menghadiri perhimpunan tersebut. Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.
 
Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang,sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.
 
Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) cuba bangkit untuk menjadi jaguh kampung di Parlimen mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.


Nurul Izzah dilihat silap memilih lawan dalam gelanggang silat tatkala pertikaman lidah dengan itu menyebabkan anak emas Anwar ini tergamam seketika.Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian,Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut,kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.