Wednesday 28 August 2013

Kronologi Isu Kalimah ALLAH!! Melayu Kena Ambil Perhatian



Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran;
“Katakanlah (hai Muhammad): (Tuhanku) adalah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tempat sekalian makhluk memohon segala hajat. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang menyerupaiNya”.

(Surah Al Ikhlas ayat 1 - 4)

Ayat suci di atas secara jelas menegaskan bahawa ALLAH itu bersifat TUNGGAL lagi ESA. ALLAH tidak boleh DIPERSEKUTUKAN dengan apa jua andaian, bentuk dan rupa seperti mana yang terdapat di dalam kepercayaan agama-agama lain.
 
Perdebatan tentang kalimah “ALLAH” di Malaysia bermula sewaktu Gereja Roman Khatolik Kuala Lumpur memohon memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu.
 
Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan syarat kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu adalah dilarang sama sekali. Namun puak-puak kafir ini tetap engkar dan menentang arahan tersebut dengan menjalankan pelbagai gerakan tersusun mencabar keputusan kerajaan dan kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
 
Persoalannya mengapa mereka beria benar ingin menggunakan kalimah ALLAH dalam bible versi Bahasa Melayu? Bukankah lebih baik digunakan perkataan “TUHAN” untuk tafsiran tepat bagi “GOD” atau “LORD” seperti sebelum ini. Apakah tidak akan cukup sempurna iman kristian mereka tanpa menyalahgunakan dan mensyirikkan Allah s.w.t dalam ibadah mereka? Apakah muslihat mereka sebenarnya?
 
KRONOLOGI TUNTUTAN KALIMAH “ALLAH” OLEH PUAK KRISTIAN

Sebelum Semakan Kehakiman
 
31 Disember 2007 - Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly; Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “ALLAH”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” masih kekal.
 
3 Januari 2008 - Kabinet terus mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “ALLAH” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006.
 
1 Februari 2008 - Berlangsungnya dialog 'tertutup' di antara pemimpin de fakto PKR, Anwar Ibrahim dengan 200 orang ahli Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia), kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum ke-12 telah menyatakan bahawa kalimah "ALLAH" patut dibenarkan kepada Kristian. (Artikel asal bertajuk "Anwar explains his stance to Christian leaders" telah diterjemahkan daripada artikel asal, terbitan Malayiakini pada 2 Februari 2008).
 
19 Mac 2008 - Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “ALLAH”.
 
5 Mei 2008 - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “ALLAH” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
 
5 hingga 7 Mei 2008 - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 menegaskan bahawa lafaz atau kalimah “ALLAH” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
 
7 Januari 2009 - Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “ALLAHtidak digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
 
16 Feb 2009 - Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “ALLAH” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Semasa Semakan Kehakiman
 
31 Disember 2009 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah “ALLAH”.
 
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
 
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “ALLAH” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
 
Selepas Semakan Kehakiman
 
5 Januari 2010 - Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
 
6 Januari 2010 - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
 
 
9 Januari 2010 - Paderi Gereja Baptist Australia; Pastor Brutus Balan menegaskan kalimah ALLAH hanya untuk umat Islam sahaja. Jika ia turut digunakan oleh Kristian maka akan timbul kekeliruan di kalangan penganut Islam dan Kristian seluruh dunia.

15 Mei 2010Mursyidul Am PAS; Nik Aziz Nik Mat menyatakan gereja Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH tanpa sekatan termasuk DAP demi kepentingan politik mereka.
 
11 April 2011 - Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk mencari jalan mengatasi masalah berhubung import, pencetakan, pengagihan serta penggunaan kitab Bible dalam Bahasa Melayu di negara ini. Ia tidak sama sekali menyentuh perkara berkaitan proses rayuan berkenaan. Kabinet juga tidak mengatakan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah ALLAH dan segala keputusan semuanya bergantung pada keputusan mahkamah.
 
6 Mei 2011 - DAP merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di Malaysia di dalam Ikrar Pertemuan Paderi-Paderi Kristian di sebuah hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Makan malam tersebut adalah bagi meraikan lebih 100 paderi kristian yang memainkan peranan di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak April 2011.
 
3 Ogos 2011 – Umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan insiden pemurtadan umat Islam dalam acara “Thanksgiving Dinner Program Itenary” yang berselidung di sebalik majlis berbuka puasa anjuran Damansarasa Utama Methodist Church (DUM ) di Petaling Jaya, Selangor yang menyaksikan seramai 12 orang umat Islam dimurtadkan. Pihak penganjur menggunakan istilah-istilah seperti “Allah, Alhamdulillah, Allahuakhbar” dan sebagainya untuk menyebarkan dakyah kristianisasi mereka mengelirukan umat Islam yang hadir.
 
3 November 2012 - Anak Anwar Ibrahim; Nurul Izzah mencetus kontroversi apabila menyatakan kebebasan beragama sepatutnya dinikmati juga oleh umat Islam untuk memilih mana-mana agama tanpa paksaan. Ucapan beliau di dalam sebuah forum anjuran pertubuhan kristian di Subang Jaya bertajuk: “Negara Islam Versi Mana Siapa Bertanggungjawab? mendapat sokongan dari pergerakan memurtadkan umat Islam.
 
24 Disember 2012 - Ketua Menteri Pulau Pinang  merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Krismas 2012.
 
28 Disember 2012 - Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “ALLAHKHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
4 Januari 2013 - Timbalan Presiden PAS; Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “ALLAH” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
 
8 Januari 2013 - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “ALLAH” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
 
8 Januari 2013 - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “ALLAH” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Deklarasi  tersebut dibacakan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri.
 
11 Januari 2013 - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “ALLAH” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
 
13 Januari 2013 - Susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang) PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “ALLAH” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Amnya; Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
17 Januari 2013 - Sebuah NGO di Pulau Pinang; Persatuan Muka Buku telah membuat laporan berhubung kegiatan dua orang lelaki dipercayai mubaligh kristian mengedar kitab bible bahasa Melayu kepada murid-murid di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang.
 
Julai 2013 - Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
 
12 Julai 2013 - Duta Vatican City ke Malaysia: Paderi Joseph Marino menyokong kempen gereja khatolik Malaysia dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “ALLAH” kepada penganut kristian di Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan tugas kedutaan asing yang tidak boleh campur tangan sebarang urusan sesebuah negara lain. Beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut.
 
22 Ogos 2013 - Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri, KDN, JAKIM dan NGO-NGO Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah ALLAH dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan tersebut diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin. Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 ini!
 
PENUTUP
 
Saudara-saudaraku….perjuangan kita masih belum selesai. Bayangkanlah jika Mahkamah Rayuan nanti memihak kepada golongan Kristian ini dengan membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh mereka! Maka dalam masa yang singkat akan terdapat beratus-ratus ribu kitab Injil berbahasa Melayu mensyirikkan nama Allah s.w.t dengan konsep trinity; Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus dicetak dan disebarkan kepada anak-anak kita untuk dimurtadkan oleh gerakan Kristian ini…Nauzubillah.
 
Ayuh kita umat Islam lancarkan jihad fisabilillah mempertahankan keesaan dan kesucian kalimah Allah s.w.t dari disyirikkan oleh kaum kuffar yang berniat memurtadkan ummah.
 
Teruskan bermunajat dan apa jua ikhtiar kita menghalang kejahatan puak-puak kuffar ini dari merobek dan mencemarkan kesucian kalimah ALLAH. Teruskan berjuang meskipun orang-orang kafir dan munafik membencinya!
 
Jangan kita biarkan kalimah “ALLAH” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMAN dan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya. Sesungguhnya permintaan puak-puak kristian untuk menggunakan nama “ALLAH” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR, PENUH MUSLIHAT, BERNIAT KHIANAT dan JAHAT.
 
Renungilah peringatam Allah berikutnya;

"Wahai Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani), janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan kalimah Allah yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan para Rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "Tuhan itu tiga", berhentilah (dari ucapan itu). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara"
(Al Quran Surah An Nisa 171).  
TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KEMUSYRIKAN!

*Artikel di atas adalah kiriman e-mel dari pembaca MyMassa.

No comments:

Post a Comment