Wednesday 14 August 2013

Perasmian DUN Negeri Johor "Sekarang Masa Bekerja" - Sultan Johor




Sebentar tadi baru sahaja selesai upacara perasmian DUN Johor bagi penggal pertama DUN ke 13. Perasmian disempurnakan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Majlis ini dihadiri oleh MB Johor, EXCO-EXCO, semua ADUN Johor dan Ketua-ketua Jabatan.

Dalam majlis perasmian tersebut, Sultan Ibrahim bertitah penuh dengan makna tersirat dan tersurat bagi mereka yang ingin memahami dan mengambil berat titah Tunaku. Tapi bagi insan-insan dungu yang tak nak amik tau, sampai bila-bila akan buat bodoh je la.

Tuanku Ibrahim amat prihatin dan sangat mengambil berat mengenai isu-isu Johor. Tunku bukanlah campura tangan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, tetapi sebagai Ketua Kerajaan Negeri Johor dan selaku Sultan, Tunku Ibrahim amat  peka sebarang perkembangan hal ehwal negeri Johor.

Antara titah ucapan Tunaku Ibrahim yang menarik, Tuaku bertitah bahawa kini telah bermulanya era pentabiran MB Johor yang baru. Johor kini dipimpin oleh Dato Khaled Nordin. Disamping itu Tuanku turut bertitah supaya semua ahli DUN Johor memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dato Khaled selaku MB Johor

Tunku Ibrahim juga bertitah bahawa masa untuk berkempen politik telah tamat, kini tiba masanya ADUN yang dipilih bekerja untuk rakyat yang mengundi mereka. Turut disentuh Tuanku, wakil rakyat perlulah memberi contoh kepd rakyat dan menjaga tingkah laku serta imej sebagai seorang pemimpin.

Tuanku Ibrahim turut meminta semua yang hadir mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang ada di Negeri Johor. Atas alas an itu, bagina telah melantik wakil 3 bangsa yang dalam Jemaah mesyuarat Johor selepas PRU 13.

Paling menarik Tunku Ibrahim turut menyentuh mengenai kepesatan pembangunan ekonomi Johor. Tunku juga berharap kerajaan mengakaji semula projek-projek penswastaan yang tidak berjalan dengan lancer dan perjanjian yang tidak menguntungkan kerajaan. Tuanku turut mendesak supaya kerajaan lebih prihatin dan berusaha membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.



No comments:

Post a Comment