Tuesday 27 March 2012

Cerita Lama Versi Baru







Cukup menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba.

Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.
RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.
Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!




Pada GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
Demi kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.
Persoalan paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir selain dari RPK?




Dalam Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.
Begitu juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk. , bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar Baba.

(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)




Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wang tunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.
Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.


Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.
Bagaimana dengan wartawan dan penulis buku politk tempatan yang turut mengetahui nafsu rakus Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik wang sewaktu dalam UMNO, namun mendiamkan diri kerana Anugerah Tuhan ini sudah berada dalam kem yang sama.

Dua ekor badut sarkas pembangkang, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO cukup masak mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.






Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...
Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya
Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Berapa lama lagi rakyat perlu berterusan mendengar pembohongan Anwar Ibrahim kononnya mahu menghapuskan rasuah kerana beliaulah Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu.



Time kasih Sri ucapkan pd ABANG TIRI Sri Gelombang Wangsa Maju....

SU PAS Selangor Akui Masih Perlukan Hassan Ali

Panas dan Menggemparkan....
Pengakuan iklas dan terbuka kpd media dan di hadapan kepimpinan PAS Selangor..
Bukan Sri yg cakap.. tapi video ni yg cakap.. Kalau vedio ni tipu, maka tipu la Sri.. Kuikuikui

Sunday 25 March 2012

Gambar Sekitar Lawatan Kerja PM Ke Negeri2


Orang ramai  menyambut ketibaan untuk bersalam-salaman dgn DS Najib di Selangor 25 Mac 2012


Inilah dia semangat kental Wanita Umno menunggu ketibaan DS Najib di Stadium Pasir Gudang



Mawar Merah untuk negara tercinta di luar Stadium Pasir Gudang ketika lawatan DS Najib di Johor


Siapa kata kaum India tidak menyokong Kerajaan.. Ini buktinya ketika di Pasir Gudang


Hadirin yg hadir mengibarkan Jalur Gemilang bersama DS Najib

Thursday 22 March 2012

Cuba Try Test Tengok... Kenapa???


Mazlan Aliman Kantoi Lagi


Mazlan Aliman nak kena lokap lagi ke..?

SAYA ketawa besar bila mendapat tahu bahawa Mazlan Aliman ‘pucat lesi’ apabila Presiden Kumpulan Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad menegaskan bahawa Felda akan melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan kebocoran maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik syarikat perladangan terbesar itu.

Datuk Sabri dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan bahawa syarikat GLC itu mengesyaki wujudnya pihak yang membocorkan maklumat dan dokumen-dokumen sulit milik Felda kepada pihak pembangkang serta meminta pihak berkuasa menyiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tentang dalang di sebalik pengkhianatan itu.

Mendengar kenyataan tersebut, Mazlan Aliman kelam kabut membuat kenyataan pada akhbar untuk menjustifikasikan kenyataan tersebut.

Pelik! Datuk Sabri tak sebut pun nama Mazlan Aliman. Dia hanya kata dokumen sulit itu bocor ke tangan pembangkang saja. Kenapa tiba-tiba buat kenyataan media? Mazlan Aliman ‘terasa pedas’, kah? Mazlan Aliman ke yang dapat maklumat sulit itu?

Mazlan Aliman berkata, Felda tak perlu takut dokumen atau maklumat syarikat itu bocor ke tangan orang luar sekiranya ia membuat keuntungan dan baik prestasinya. Katanya, itu perkembangan yang tidak sihat jika dilaporkan kepada pihak berkuasa dan menandakan ada yang tak kena pada FGVH.

Nampaknya, Mazlan Aliman memang tolol dengan memberikan komen sebegitu…


Mazlan Aliman tahu tak apa itu Akta Rahsia Rasmi atau singkatannya OSA? Dan tahukah dia bahawa maklumat-maklumat di dalam sesebuah syarikat hanya boleh diumumkan atau didedahkan oleh individu-individu tertentu sahaja di dalam syarikat. Tahu tak?

Untuk pengetahuan Mazlan Aliman, segala maklumat atau dokumen rasmi syari

kat, khususnya yang ada “letter head” tertakluk sebagai maklumat rasmi syarikat dan dianggap sulit. Ia tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya meskipun oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah sekali pun.

Apatah lagi mengenai maklumat dalaman sesebuah syarikat yang besar seperti Felda. Peliknya, bagaimana angka-angka perbelanjaan dan beberapa dokumen rasmi termasuk laporan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda boleh ada di tangan Mazlan Aliman? Lainlah jika Mazlan Aliman pecah masuk pejabat Felda dan curi dokumen tersebut. Mazlan ada buat begitu ke?

Walaupun maklumat atau dokumen itu mengandungi perkara baik sebaik mana sekalipun, ia tetap sulit dan para kakitangan dalam syarikat terbabit diamanahkan untuk memelihara maklumat tersebut dari pengetahuan orang luar.

Misalnya, syarikat Apple Inc. mempunyai maklumat dan dokumen mengenai iPAD 10 yang jauh lebih tinggi teknologinya. Ia satu perkara yang baik, bukan? Jadi, para kakitangan syarikat Apple Inc bertanggungjawab untuk menjaga maklumat atau dokumen tersebut dari bocor ke pihak luar.

Apa kesannya jika maklumat Apple Inc itu bocor ke tangan pihak luar? Pihak luar itu akan menjual kepada pesaing Apple Inc seperti syarikat Samsung, Blackberry dan sebagainya. Pihak luar itu akan mendapat untung bila maklumat sebegitu dijual, bukan? Dan Apple Inc akan rugi kerana teknologi ekslusif itu bocor, bukan?

Dalam hal ini, bayangkan bahawa Felda itu sebagai Apple Inc dan Mazlan Aliman sebagai Samsung. Apple Inc penat-penat perah otak cipta iPAD 10, tiba-tiba disebabkan ada pengkhianat syarikat yang membocorkan maklumat dan dokumen, Samsung senang-senang saja kaut keuntungan.

Maka disebabkan itulah OSA diperkenalkan. Mazlan Aliman faham ke tidak perkara ini?


Dalam hal dokumen Felda itu, memang penyenaraian FGVH itu baik pun untuk seluruh warga Felda. Yang tak baiknya ialah Mazlan Aliman yang memutar belitkan fakta dan menghasut rakyat. Bila dapat dokumen sulit, lagi seronok dia putar belit dan berbohong itu dan ini.

Misalnya, penyenaraian FGVH itu sebenarnya hanya melibatkan tanah Felda Plantation sahaja, tapi Mazlan Aliman bohong pada peneroka dan takut-takutkan mereka kononnya tanah peneroka terlibat dan akan digadai Isa Samad.

Misalnya, tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar itu sebetulnya akan disewa FGVH dari Felda Holdings, tapi Mazlan Aliman kata tanah tersebut dipajak. Antara terma disewa dan dipajak tu jauh bezanya.

Bila dia dapat dokumen mesyuarat, dia pakai ikut sesedap kepala lutut dia saja untuk menafsirkan minit mesyuarat itu. Sedangkan dia tak ada pun dalam mesyuarat itu dan tak tahu apa-apa pun tentang apa yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dengan salah tafsiran itu, Mazlan Aliman buat macam-macam tuduhan buruk pada Felda dan mengelirukan minda para peneroka. Apakah wajar Mazlan Aliman buat sedemikian? Saya fikir, hanya orang bodoh dan busuk hati saja yang buat begitu…

Lagipun, apa yang Mazlan Aliman takut sangat bila Felda mahu polis siasat siapa dalang yang bocorkan maklumat rasmi Felda ke tangannya? Takut selepas ini tiada bahan lagi untuk memfitnah Felda dan menghasut peneroka? Kalau tak ada bahan, berhenti sajalah dari terus buat dosa begitu…


Pengkhianat di dalam Felda perlu dicari sehingga ke lubang cacing. Dia perlu didakwa atas kesalahan yang dilakukan berasaskan peruntukan undang-undang yang melindungi hak dan kepentingan syarikat.

Dan yang paling ditakuti AJK PAS Pusat itu adalah dia mempunyai asas untuk dipanggil memberi keterangan kepada polis mengenai siapa yang bocorkan maklumat dan dokumen rasmi Felda padanya. Maka bertambah ‘pucat lesi’lah Mazlan Aliman!

Sunday 18 March 2012

Gobala Londeh Nuar dan Azmin




Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.

“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya.

Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura.

Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20-RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat tentang pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”katanya, dalam kolum The Corridors of Power .- AIDC



Friday 16 March 2012

KIMMA Bantah Campur Tangan NGO Yahudi dgn PKR


 Mohamad Raffi - Timb Ketua Kimma Johor


 Mohamad Raffi ditemuramah wartawan

                                                          Bantahan oleh Kimma Johor

Kimma Johor mengutuk kerjasaama PRK dengan Anwar Ibrahim mendapat sokongan asing untuk memenangi PRU 13 akan datang. Kimma Johor turut meminta SPRM dan Polis menyiasat dakwaan Dato Mohd Zin Mohamed yg juga Koordinator BN Selangor yg mendakwa PKR menggunakan NGO yg ada hubung kait dgn Yahudi. Menurut Mohd Zin, PKR menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF)

KAF adalah pertubuhan Yahudi yg membantu golongan neokonsevatif Yahudi melalui jawatankuasa dikenali American Jewish Committe (ACJ) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar. 

Islam Ke PAS..???

Hari ini kita cuba menghuraikan sejarah perjuangan salah sebuah parti politik Islam di Malaysia!!?? Berhati-hatilah dengan mereka ini yang sudah lupa akan perjuagan asal penubuhan mereka!!?? Kalau tidak percaya suruhlah orang PAS menyatakan doktrin mereka dan sejauh manakah mereka sudah tersusur jauh dari landasan perjuangan sebenar!!?? Contoh pertama boleh dilihat melalui sesetengah jawatan yang sepatutnya tidak boleh dipegang melebihi 5 tahun namun apa sudah jadi?!!!

 
Kredit kepada rakan blogger otai Rajahmas untuk artikel dibawah?!!!

Tuesday, March 13, 2012

21 fakta PAS bukan lagi parti Islam
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
artikel asal oleh mindaaktif dan disunting semula oleh Sri Mersing
1) DULU… PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
SEKARANG… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2) DULU… PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
SEKARANG… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.
3) DULU… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
SEKARANG… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4) DULU… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau jadi TPM dahulu diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”
SEKARANG… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
5) DULU… PAS memperjuangkan Islam demi memartabatkan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam slogan parti ketika itu.
SEKARANG… PAS mempergunakan Islam demi memartabatkan agama semua penyokong pakatan rakyat, menghapuskan bangsa bermakna ingin menyatukan budaya dan resam kaum serta tidak mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

6) DULU… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
SEKARANG… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
7) DULU… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
SEKARANG… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8) DULU… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
SEKARANG… PAS membuat kenyataan media Hudud bukan keutamaan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat - klik sini
9) DULU… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
SEKARANG… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah sekalipun menyebut Islam sebagai dasar dalam perlembagaannya.

10) DULU… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
SEKARANG… Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.
11) DULU… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
SEKARANG… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12) DULU… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
SEKARANG… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
13) DULU... Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
SEKARANG.. PAS sudah memerintah Kelantan 21 tahun dan Kedah, Perak, Selangor sudah 3 tahun, peliknya mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14) DULU…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
SEKARANG... PAS telah lesapkan 45juta duit koperasinya sendiri Ko-Hilal (ngko hilang?) termasuklah tabung bantuan Memali. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
15) DULU… PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
SEKARANG.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16) DULU…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
SEKARANG.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS?
17) DULU…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
SEKARANG.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18) DULU…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
SEKARANG.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, pernah bergabung tenaga dengan Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19) DULU…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
SEKARANG... PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20) DULU…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh membatalkan akidah seorang Islam.
SEKARANG... PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21) DULU…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
SEKARANG.. PAS halal sertai DAP, biarpun sedar hakikatnya DAP sekali-kali tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

Thursday 15 March 2012

Dokumen Sulit MO PKR



Anwar Ibrahim tidak perlu terkejut bagaimana dokumen sulit ini sudah berada di dalam tangan blogger-blogger pro kerajaan.
Jejak langkah dan modus operandi PKR kini sudah diketahui sebelum bermulanya pilihanraya umum nanti.

Untuk perhatian para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, sila ambil berat dokumen yang didedahkan ini ...
Agenda tertinggi Anwar Ibrahim adalah mahu memusnahkan kepercayaan rakyat ke atas kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional melalui strategi yang dihasilkan melalui kepakaran luar ( CIA dan/atau KAF ).
1) Pengundi baru dipersetujui agar diberikan perhatian khas.
2) Jurucakap Pakatan Rakyat mengenai Isu Melayu perlu ditonjolkan.
3) Isu rasuah perlu dikaitkan dengan hakikat korupsi UMNO lah penyebab kelemahan Melayu.
Ini adalah tiga isu utama yang akan diketengahkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyuburkan kebencian amat tinggi rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.


Dokumen Sulit Fitnah dan Propaganda Berada Atas Meja Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim dan PKR tahu majoriti sokongan dan undi orang Melayu sudah kembali ke arah UMNO dan Barisan Nasional. Perlu ada satu rangka strategi untuk mengalih perhatian orang Melayu untuk menyokong Pakatan Rakyat melalui tiga tiga isu utama yang perlu ditonjolkan secepat mungkin.
Anwar Ibrahim telah mengarahkan setiap pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumpukan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah sebagai senjata utama dalam memastikan serangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional tidak akan berhenti sehinggalah pilihanraya umum diadakan kelak.
Paling utama adalah untuk menutup segala Agenda Transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak memegang tampuk sebegai Perdana Menteri Malaysia.
Kerana itulah setiap agenda yang diperkenalkan oleh kerajaan baik dari pengenalan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan segala jenis kemudahan dan subsidi yang diberikan perlu ditutup rapat dengan agenda mengaitkan isu kronisme, nepotisme dan elemen-elemen rasuah UMNO dan Barisan Nasional.
Hasutan dan kebencian yang mendadak perlu diterapkan ke dalam jiwa rakyat khasnya orang Melayu agar propaganda yang sama pernah dimainkan sewaktu pilihanraya umum ke-12 akan berulang dalam memberi kelebihan undi kepada Pakatan Rakyat.
Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional perlu peka dengan pendedahan dokumen sulit ini dan wajib bertindak pantas dalam membalas fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat.

Kisah Kehidupan Papa Kedana









SUBHANALLAH.... Maha Suci ALLAH Seru Sekalian Alam. SRI rasa insaf dgn pemandangan ini. Pemandangan sesetengah tempat di India. Kita sbg rakyat Malaysia seharusnya bersyukur sedaif2 rakyat di Malaysia tidak ada sampai jd sebegini. Ini yg rakan SRI email pd SRI.. Kita di Malaysia ada pemimpin yg peka dan prihatin pd nasib rakyat Malaysia. Walau pun pembangkang mencaaci Kerajaan itu dan ini, rasuah dan korupsi, Kerajaan tidak pernah melatah dgn tomahan tersebut. Kita ada JKM, pejabat agama negeri, pejabat ADUN dan pelbagai agensi yg tersedia membantu supaya taraf hidup rakyat Malaysia tidak sedaif ini.

Lihat sahaja di KL, Kerajaan sampai menyediakan rumah yg diduduki oleh warga kota utk di beli, bg mereka memiliki rumah sendiri.Hakikatnya, walaupun kerajaan menggunakan danan KWSP, tetapi penggunaan dana tersebut disalah erti oleh Pembangkang.

Sebagai rakyat Malaysia, SRI rasa kita perlu bersyukur dgn apa yg kita ada. Tidak sampai ke tahap ini rakyat Malaysia, merempat dan papa kedana.. Jadi kan pengajaran gambar di atas sebagai pengajaran, mudah-mudahan kita tidak lupa dan lalai dgn apa yg kita miliki.

Moga ALLAH merahmati Malaysia tanah air kita.. 

Tuesday 13 March 2012

PANAS!! : KAIN RAFIZI TERLONDEH NAMPAK ANU>>>

Selepas di bongkarkan kenapa si mangkuk hayun rafizi ni beriya-iya sgt dok fitnah PM kite, smlm sebuah laman blog Mymassa telah menerima sebuah email daripada seorang kakitangan awam yang dengan selambanya telah melondehkan fitnah si 2nd class lower tu..berikut adalah email tersebut :

"I ne sebagai pembuat LO di Jabatan-Jabatan Kerajaan sejak 10 tahun berkhidmat, sangat curiga dengan tuduhan seorang pembangkang bernama Rafizi PKR tu. Di Jabatan Kejaan, nak pakai duit kerajaan ne bukannya senang, kena dapatkan invois dulu, kena cari 3 4 company nak bandingkan mana yang paling murah dan berkualiti, lepas tu nak dapatkan kelulusan pegawai atasan lah, pas tu nak dapatkan kelulusan pengawal kewangan lah, kalau yang besar-besar macam RM400 Ribu tu lagilah payah. Bagi i lah, tak perlu Rafizi PKR tu nak jadi hero, kalau betul dia ada maklumat yang betul, tunjukkan LO Pejabat PM punya, nak tunjuk Resit Sebut Harga or Inovois tu sapa-sapa pun boleh buat. Kalau lebih RM200 Ribu lebih dah kena tender, kalau dah RM50 Ribu ke atas dah kena buat Sebut Harga. Kalau Perolehan Khidmat pula, melebihi RM20 Ribu dah kena Sebut Harga, Ne semua nonsone lah, betul2 low class punya tuduhan lah. Banyak juga company dapatkan sokongan Menteri itulah Menteri inilah, ada juga minta sokongan PM lah TPM lah, tapi kalau tak ikut Peraturan kita tolak jugaklah, kalau bukan kita yang tolak pegawai kat Treasury tu akan tolak juga, geramm aku ngan Rafizi ne ku potong kang dia punya anu baru tau... Engko lagi Terok Rafizi Ngok, Cuba baca Jawapan MB Gagap engko tu atas Tuduhan RPK tu.".

-sumber daripada Mymassa

Seri malu la.. Nampak anu nye Rafizi ni.. Seri sokong kenyataan I ne ni, bagus la I ne keluarkan pandangan berdasarkan pengalamannya sebagai pembuat LO. Maklum la, si Rafizi ni duduk pejabat Penasihat PKR, duit tak diaudi, bila-bila boleh keluar, keluar.. Dari mana sumber nya pun tak tau la.. Malu sampai nampak anu la bila I ne ceritakan yg sebenar.

Kita tengok kontraktor2 yg nak dpatkan duit projek punya la liat nak dapat. Ni si mangkuk tu senang je cakap boleh kelua RM 400k macam tu je.. Isyh2....

Zin dedah KAF, NDI bantu PKR buat rampasan kuasa


Sejak Tun Dr Mahathir menimbulkan isu “regime change” yang dirancang oleh negara asing. satu demi satu pendedahan telah dibuat berkenaan campurtangan asing dalam negara ini, termasuk surat-surat dari Ketua Pembangkang, Dato Seri Dato Anwar Ibrahim kepada Pengerusi National Endowment of Democracy (NED), Carl Gershman dan George Soros.

Hingga terkini, pihak Anwar dan PKR hanya mengambil sikap tidak mempeduli atau memperlecehkan isu ini supaya ianya tidak membesarkan. Mereka mahu rakyat anggap enteng saja seolah-olah ianya hanya propaganda murah UMNO dengan alasan NGO-NGO ini hanyalah aktivis berniat untuk mengembangkan amalan demokrasi.

Sidang akhbar Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Dato Ir Zin tengahhari tadi mendedahkan dengan bukti sekali bahawa pihak-pihak ini bukan hanya memperjuangkan demokrasi tapi mempunyai agenda tertentu untuk campurtangan dalam pilihanraya negara dengan memberi sokongan kewangan, latihan dan manual kepada parti-parti pembangkang khususnya PKR.

Penglibatan asing turut mahu menentukan keputusan pilihanraya memihak kumpulan tertentu dan cara proses politik sedemikian boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara pada jangkasama terdekat.

Bagaimana pula respons Anwar dan PKR dengan pendedahan berbukti yang akan didedahkan dan disebarkan keseluruh negara ini? Adakah masih beliau anggap ianya hanya UMNO mahu sengaja menakut-nakutkan rakyat jelata dan menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim? Sejauh mana Anwar akan terus menjual nama baik tokoh-tokoh ugama seperti Sheikh Yusoff Qardawi dan pemimpin Hamas untuk membersihkan namanya?

Baca artikel panjang lagi berisi liputan sidang akhbar Dato Zin tadi di Sel13.com sini. Panas beb!!!! Pasti lagi banyak cerita akan timbul lepas ini.

Turut disebut adalah ada manual untuk 'Malaysia Spring' dan propaganda 'hate campaign.'

Monday 12 March 2012

Tafsirkan Gambar Ini







Cuba anda tafsirkan apa yg sedang dilakukan Lelaki di atas..? Apakah yg sedang bermain di benak fikirannya..?? Kalau orang KAYA cakap "ari ni dimana kita nak makan..?" Orang MISKIN cakap "ari apa kita nak makan..?" Tapi kalau LELAKI di atas mungkin cakap "ari ni siapa aku nak makan.."


DEDAH !! VISA ANWAR IBRAHIM KE ISRAEL ?!! IKUT ROUTE USA ?!!




Anwar Ibrahim and the Bush Neocons PDF Print

Written by Our Correspondent
FRIDAY, 16 JULY 2010
ImageA Washington, DC NGO bares some awkward questions for Malaysia's opposition leader
A 42-page report by a Washington, DC-based whistle-blower organization is proving a major embarrassment for Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim by alleging that the Foundation for the Future, which Anwar headed for a time in the middle of the last decade, was actually established and funded by the US Department of State at the behest of Elizabeth Cheney, the daughter of then-Vice President Dick Cheney, and the Bush administration's neoconservatives.

The Government Accountability Project report, titledThe Foundation for the Future: What FOIA Documents Reveal, and released July 8, is based on hundreds of documents delivered to the organization under the US Freedom of Information Act. It says the Foundation for the Future was established and operated in a "highly irregular manner" by Bush administration officials and employees including Shaha Riza, the girlfriend of Paul Wolfowitz, who was forced to leave the World Bank after it became known that he had promoted Riza to triple the World Bank's salary guidelines. The full report can be found here.


Ostensibly, matching money to fund the Foundation for the Future was supposed to come from 11 countries led by Qatar at US$10 million, and Bahrain, with another US$2 million. Jordan was to put up another US$1 million, Turkey US$500,000 and the rest was to be scattered among several European Union countries including Denmark, Greece, Spain, the Netherlands and the European Union itself. But neither Qatar nor Bahrain ever came through. Of the US$22.26 million pledged, only about US$6.4 million ever materialized. The rest apparently was made up from US State Department funds.
Anwar has previously disavowed any US funding of the organization, established in 2005 as "an essential front on the global war on terror" and part of President George Bush's "freedom agenda" to promote democracy and reform in the Middle East and Africa. Anwar served as chairman and acting president of the organization's board in the period when he was out of politics following his incarceration on corruption and sexual perversion charges.
The Government Accountability Project report lends considerable ammunition to Anwar's opponents in the United Malays National Organization, who have long charged that Anwar was connected to the US Central Intelligence Agency, although neither the CIA nor the US government as a whole has ever exhibited any particular desire to bring down the Malaysian government, and in fact considers Malaysia, as a moderate Muslim democracy, to be one of its staunchest allies in the region.
In particular, UMNO Youth Chief Kairy Jamaluddin called attention to Anwar's statements disavowing US funding of the foundation and demanded that Anwar explain himself. He accused Anwar of misleading the US government in a memorandum of understanding saying the foundation had agreed to get other countries to commit funds to match those the US government was providing.
"For me, it is a serious matter that the opposition leader has tried to mislead the US government to get grants for a foundation that he was chairman of," Khairy told the Malaysian newspaper The Star.
An Anwar associate said the opposition leader would decline to comment, adding that there was little to be gained by saying anything about the matter. Nonetheless, he characterized Anwar's role as blameless.
"There is nothing wrong going on," he said. "This is part of the campaign to get Wolfowitz out of the World Bank and to do so they threw Anwar under the bus."
The report characterizes the Foundation for the Future as part of a vast and tragic misconception among the Bush administration neoconservatives, particularly Wolfowitz, that a slight push – the elimination of Iraqi strongman Saddam Hussein from power – would result in a dramatic change in the Middle East. That of course has resulted in the deaths of more than 4,000 US soldiers and hundreds of thousands of Iraqi civilians and a realignment in the Middle East that nobody in the west wanted – the growing power of Iran in the region and particularly in Iran's influence over the Iraqi government itself.
But the Foundation from the start appears to have been a mess, according to the report. It apparently was the brainchild of Shaha Riza, who was seconded from the World Bank by Wolfowitz to run it. As has been widely reported, Riza's salary increases during external service far exceeded those allowed under World Bank regulations, Wolfowitz allegedly instructed the Department of Human Resources to pay her three times the allowable increase for her grade and circumstances, so that she ended up making more money that Condoleezza Rice, her nominal superior, by about US$7,000, according to the report.
The foundation's first president, an Iraqi named Bakhtiar Amin, who had served in the new interim government set up following the invasion, quit after a short time on the job because "he was not up to the task." It appeared that the entire foundation pretty much consisted of Shaha Riza. There was no chief financial officer or chief operations officer.
The Washington Post reported at the time that "Though Shaha Riza, who has been romantically linked to Wolfowitz, is not listed as part of the staff on the organization's Web site, she is the only person working in the group's offices. ‘It is basically just her running this thing,' said Tamara Cofman Wittes, research fellow at the Brookings Institution Saban Center for Middle East Policy, who closely tracks democracy programs in the region. She said the board members had no experience in grant-making and thus had ‘started from zero,' with no bylaws or grant-making guidelines."
When Anwar was ultimately selected as board chairman, according to the report, it appeared that it was more because Anwar was a friend of Wolfowitz's rather than for any other reason. "Anwar Ibrahim…was not from the region, and the tactics used to position him as the chair were not transparent," the report continued.
Ultimately, the report says, less than half of the $60 million in initial funding for the Foundation (as envisioned by Elizabeth Cheney) ever materialized, and the major proportion of funding came from the United States, in violation of the spirit of the legislation creating the institution. The "great multilateral effort…devolved into a unilateral US initiative supported only by Jordan and a smattering of European nations. And the organization that was promoted as a "model" and "beacon of inspiration for the democratic development of the societies in which it operates" represented little more than a nest of sinecures for those people closest to the Vice President: his daughter Liz, Wolfowitz's girlfriend Shaha Riza and Wolfowitz's favored friend from Malaysia, Anwar Ibrahim."

.The report ends up by questioning whether the US State Department's representation that Qatar would stump up US$10 million was deliberately perpetrated to circumvent requirements in US law regarding contributions to a Middle East Foundation, whether US law was violated by Shaha Riza's secondment to the State Department, whether future support for the Foundation is even appropriate, and whether the state Department abused freedom of information law by inappropriately classifying documents in an effort to hide them from whistle-blowers

Tindakan Shahrizat Tepat

PEKAN 11 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebaik sahaja tempoh beliau sebagai ahli Dewan Negara tamat 8 April depan sebagai tepat dan betul.


 
 
 
Kengkadang Sri tak faham bila Pembangkang dok main isu ni. Dulu masa Kak Jat tak nak letak jawatan, buat bodoh, depa suruh Kak Jat bersara, letak jawatan. La ni, Kak Jat dah umum bersara, puak-puak PR ni masih tak puas hati lagi tu. Cakap tak cukup la, itu la, ini la. Ape la yg jd masalahnya. Puak haram PR ni belum berkuasa, agaknya kalau dh berkuasa, lagi teruk dari BN. Sekurang-kurangnya Kak Jat berani, ambil langkah terpuji dan wajar dicontohi jika dibandingkan dengan Pemimpin PR yg dah terang-terang ada krisis moral tapi menafikan. Saman la individu yg melontarkan fitnah tu, tak ada pulak.. Menafikannya pun tak...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday 10 March 2012

ABY - Asal Bukan Yahudi


1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.

7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.


11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.


13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.


15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.



17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.