LKS & LGE Bertafakur Kenang Nasib Parti Mereka
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak 
perlu khuatir dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) 
berhubung kedudukan parti itu.
Menurut aktivis MIC, 
Datuk R. Ramanan, kedua-dua pemimpin tersebut boleh meneruskan sandiwara bagi 
meraih simpati kerana masyarakat Cina akan terus mempercayai mereka.
 "Guan Eng dan Kit Siang amat 
bernasib baik kerana majoriti kaum Cina menganggap sandiwara mereka berdua 
seperti satu lagu yang amat merdu dan indah.
"Guan Eng dan Kit Siang amat 
bernasib baik kerana majoriti kaum Cina menganggap sandiwara mereka berdua 
seperti satu lagu yang amat merdu dan indah. 
"Mereka pastinya telah ada skrip lakonan apabila ROS membuat 
keputusan berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat 
(CEC) parti itu tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari 
ini.
Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan 
kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan 
gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak 
mengundi pada hari tersebut.
Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas 
hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak 
membawa kes itu ke mahkamah.
Ramanan berkata, ROS tidak harus 
teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap DAP berhubung isu pemilihan CEC 
parti berkenaan.
Secara sinis beliau berkata, Barisan Nasional (BN) pula 
perlu menerima hakikat bahawa kaum Cina pasti akan percaya dengan sandiwara Guan 
Eng dan Kit Siang itu. 
 "Mereka juga tidak peduli 
tentang manipulasi yang dilakukan oleh Guan Eng," katanya.
"Mereka juga tidak peduli 
tentang manipulasi yang dilakukan oleh Guan Eng," katanya.
ROS jelas 
beliau, hanya perlu mengambil kira aduan-aduan daripada ahli DAP dan terus 
membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang.
"Pihak ROS harus 
tahu bahawa Melayu dan kaum India sudah tidak percaya lagi dengan sandiwara 
politik Guan Eng dan Kit Siang. Hanya kaum Cina yang percaya dengan lakonan 
mereka," katanya.
Sebagai contoh, jelas beliau, mereka semua percaya 
dengan 'drama tangisan' dan sandiwara Kit Siang tentang isi kandungan surat ROS 
bertarikh 17 April 2013 - UM
Guan 
Eng mahu jawab?
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment