Sunday 4 August 2013

Musim Pemimpin Tunjuk Hero


Penat lelah PRU 13 masih belum lagi reda.. Kini telah tiba masanya  pemimpin-pemimpin BN menunjukkan merekalah hero, merekalah jaguh. Tolak tepi MCA dan MIC, berbicara tentang parti keramat Melayu UMNO
 
Ketika ini sedang berlangsungnya mesyuarat secara besar-besaran cawangan-cawangan UMNO seluruh Negara. Ini adalah amalan demokrasi biasa dalam parti UMNO, bermesyuarat untuk melengkapkan perlembagaan parti.. tapi kali ini agak istimewa sikit sebab ada pemilihan.. masa untuk tunjuk hero.. hihihi
 

Di sebalik mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung ini, kemudian bakal diikuti dengan mesyuarat dan pemilihan diperingkat Bahagian dan seterusnya di peringkat pusat menjelang Dis nanti. Maka telah kedengaran kompang dan gendang yang dipalu oleh sesetengah pemimpin UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu..
 
"Saya dengan ini secara rasminya mengumumkan akan bertanding/mempertahankan jawatan ........." (skrip biasa digunakan)
 
Lebih malang lagi ada sesetengah pemimpin dengan megah dan mendabik dada mendakwa telah menerima sokongan akar umbi.. Inilah hakikatnya UMNO pada ketika ini. Nak kata popular sangat tak la sangat pun. Apa sumbangan mereka pada parti selamaa ini tak tau lah. Yang dilihat hanya sumbangan pada diri sendiri kot.. Pada rakyat dan pengundi tak lah begitu banyak rasanya..


Ada sesetengah pemimpin saran jawatan Presiden dan Timb Presiden tak perlu dipertandingkan, ada yang kata perlu dipertandingkan pulak.. Macam-macam hal.. Lepas tu ada yang dah mula intai jawatan sayap-sayap dalam UMNO, Pemuda, Wanita, Puteri & MT. Semuanya kerusi empuk yang menjanjikan jawatan, harta, pangkat dan syurga dunia.
 
Tak ada pulak rasanya kedengaran pemimpin UMNO tawarkan diri jadi Imam ke, bilal ke, tok siak ke, tukang mandi jenazah ke.. belum pernah lagi kot..
 
Kepada mana-mana pemimpin dalam UMNO, setelah terlepas peluang dalam Kabinet lalu, Pemilihan Agung UMNO adalah platform terbaik untuk mendaki takhta syurga politik. Dengan kuasa politk yang ada pemimpin itu akan dihormati, disanjungi dan dikasihi (kononnye lah...)


Kalau ada pemimpin yang tak mampu mendaki tangga tinggi di Pusat, daki anak tangga di Bahagian-bahagian pun cukup lah. Jawatan Ketua UMNO Bahagian misalnya pun cukup lumayan apa. Mana tau kot ada tuah Ketua Bahagian yang boleh fast-line ke jawatan-jawatan tertentu seperti kerusi GLC.. Bukan calang-calang kalau dah duduk kerusi GLC oo.. Sama lebih kurang macam Menteri @ Timb. Menteri jugak lee...


Apa pun, bukan niat untuk menuduh jauh sekali menjatuhkan pemimpin yang berhasrat untuk bertanding. Tapi ini adalah hakikat dalam UMNO. Ini belum masuk lagi cerita fasal rasuah politik (ini tolak tepi lah). Selepas pemilihan nanti, sudah pasti ada pemimpin UMNO yang akan bermasam muka, merajuk kalah dan tak dapat jawatan yang diidamkan..
 
Ini menjadi satu resmi dalam UMNO lah.. Tapi pemimpin yang bertanding perlulah gentleman lah sikit.. Adat bertanding ada menang ada yang kalah. Diawal pertandingan mereka tunjuk hero kata mendapat sokongan akar umbi, dah kalah buat cara kalah, terus lah bekerja untuk parti. Bukan merajuk dan buat bodoh aje.. Akibatnya rakyat dan pengundi yang akan terbiar..


Pembangkang telah mula mengatur strategi, berlari jauh untuk PRU 14. UMNO/BN terkial-kial lagi.
 
Ayuh bangkitlah UMNO, demi penguasaan politik Melayu
UMNO, dulu, kini, dan selamanya....






No comments:

Post a Comment