Friday 2 August 2013

Sekali Lagi Tun Hentam Najib

Gambar hiasan

Di khabarkan semalam telah diadakan pertemuan tertutup antara beberapa pemimpin kanan UMNO dengan Tun. Pemimpin UMNO ini bukan lah musuh PM Najib, tetapi sebaliknya mereka yang berada dekat dengan PM Najib. Pemimpin UMNO ini juga orang yang sayang dan begitu menghormati Tun.
 
Tujuan pertemuan tersebut bukanlah untuk meminta sokongan atau nasihat dari Tun, sebaliknya ingin mendengar dari mulut Tun sendiri berkenaan apa yang pernah Tun luahkan sebelum ini. Mungkin ramai tak percaya kenapa Tun sanggup BANTAI PM Najib.. Adakah Tun ingin duduk atas kerusi PM balik.. Tak tau lah kalau ada orang UMNO yang otak senteng boleh fikir sampai macam tu.
 
Diberitakan dalam pertemuan tersebut juga, sekali lagi Tun menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran PM Najib. Kalau betul la apa yang dikhabarkan ini, sedih.. Antara yang Tun bantai PM Najib
 
1. Najib ada Penasihat, tapi ada Penasihat pentingkan diri sendiri.
 
2. Pembangkang suruh Najib buang ISA aje, tapi Najib buang semua sekali termasuk EO, Akta Kediaman Terhad tanpa merujuk pada Polis terlebih dahulu (sekarang jenayah makin menjadi-jadi jadi back fire pada pemerintahan Najib.. padan muka)
 
3. UMNO semakin rosak bawah pemerintahan Najib
 
4. Ghani Patail patut telah lama kena buang, tapi tak tau apa sebab Najib masih nak simpan lagi
 
5. Najib takut dengan pembangkang.. Apa pembangkang cakap semua Najib ikut. seolah-oleh Najib PM kepada Pembangkang.
 
6. Najib bertindak semacam menganak tirikan pemungundi BN seolah-olah pengundi BN ini kumpulan minoriti dan menjadikan kumpulan penyokong pembangkang sebagai kumpulan yang mempunyai suaraa majoriti. Padahal sebalik nya. 
 
7. Najib tau tabur duit pada rakyat, asal sikit tabur duit. Ini membuatkan rakyat kita jadi leka dan malas. Bila Najib bagi, dia bagi semua, tak kira sokong Najib atau tidak. Bila bagi pada yang tak sokong, alamatnya kelaut lah. Sampai bila-bila pun Najib tak dapat sokongan.
 
Bila kita renung balik, mungkin ada betulnya apa yang Tun katakan ini.
 
Pada pemimpin UMNO, fikirkan lah masa depan politik bangsa Melayu jangan hanya fikirkan sahaja kantung U, kelak nanti rakyat akan menghukum mu..
 
Dikatakan perjumpaan ini diadakan di Johor Bahru semalam.. Wallahhuallam..

No comments:

Post a Comment