Sunday 4 August 2013

Perhimpunan Agong Umno, Antara Realiti @ Fantasi

Bahang Perhimpunan Agung UMNO sudah mula terasa.. Cawangan-cawangan UMNO telah mula bermesyuarat menentukan apa yang sepatutnya. Ini adalah proses biasa bagi partu keramat Melayu ini.
 
Perhimpunan Agung kali ini agak besar maknanya kerana pada tahun ini adalah tahun di mana akan diadakan pemilihan bagi memilih kepemimpinan parti Melayu ini. Maka ramailah insan-insan yang mengaku kerdil menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu dalam parti.
 
Pemilihan kali ini juga amat penting kerana inilah pemilihan parti yang akan menentukan halatuju parti selepas Pilihanraya Umum yang ke13 yang menyaksikan Barisan Nasional menerima tamparan hebat dari pengundi-pengundi Cina.
 
Jelas sekali isyarat dari kaum Cina dengan slogan Ini Kalilah hampir-hampir menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Ianya juga menampakan peningkatan kerusi UMNO diDewan Rakyat. Bangsa Melayu masih lagi menyokong UMNO walaupun pucuk pimpinan tidak mempedulikan rintihan bangsa Melayu malahan tidak langsung mengutamakan perjuangan agama, bangsa.
 
Justeru adakah pemilihan parti kali ini akan kedengaran semula laungan perjuangan bangsa dan agama? Ataupun hanya sekadar retorik semata-mata sekadar untuk meraih undi dari ahli parti?
 
Sudah sampai masanya untuk UMNO memilih kepimpinan yang akan kembalikan perjuangan agama dan bangsa dalam parti kerana terbukti kemenangan Barisan Nasional kali ini adalah hasil dari sokongan orang Melayu yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini makan hati dengan pentadbiran Najib Razak dan gagasan 1Malaysianya. Jelas dan terang gagasan 1Malaysia gagal untuk memberi majoriti 2/3 Barisan Nasional diparlimen.
 
Kegagalan gagasan 1Malaysia adalah kerana kaum Cina yang selama ini mendapat keuntungan melebihi dari kaum-kaum lain masih lagi tidak mahu menerima negara ditadbir oleh seorang yang berbangsa Melayu. Gagasan 1Malaysia juga telah memberi ruang kepada kaum Cina untuk menuntut hak sama rata. Ini bercanggah sama sekali dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.
 
Didalam Islam juga tiada hak sama rata, memang benar Islam menuntut keadilan namun harus kita fahami keadilan dalam Islam ialah meletakan hak ditempatnya. Contoh, hak ekonomi untuk orang Melayu/Bumiputera adalah 60% kerana pecahan penduduk negara ini adalah 60% Melayu/Bumiputera. Itu keadilannya. Bukan hak sama rata, sama rasa.
 
UMNO tidak perlu lagi beretorik dengan pejuangan Melayu dan Islam, sebaliknya UMNO perlu melaksanakan perjuangan agama, bangsa demi menjamin keamanan dan kestabilan negara. Jika kita sekali lagi gagal meletakan pemimpin yang berjiwa Melayu ditempat yang sepatutnya sokongan rakyat akan terus hilang dan jawapannya akan kita lihat diPRU14 yang akan datang.
 
Najib Razak seharusnya melepaskan jawatan dan memberi ruang kepada pemimpin yang mampu memperjuangkan hak Islam dan Melayu tanpa rasa apologetik, kerana sudah sekian lama orang Melayu menjadi bahan dan menjadi sasaran kaum Cina sehingga membantutkan kemajuan masyarakat Melayu/Bumiputera dalam bidang ekonomi.
 
Bangkitlah bangsa Melayu, pertahankan Islam kembalikan perjuangan agama bangsa dalam UMNO, suntikanlah semangat pejuang Melayu dalam diri kita demi menjamin masa depan anak dan cucu kita.
 
Pilihlah pemimpin yang mampu mengimamkan jemaah kita demi perjuangan…..

No comments:

Post a Comment