Thursday 15 August 2013

Bila Idris Jala Cadang Jual MAS, Dah Jual Berapa Komisyen Dia Dapat??


Asas yang mahu dikatakan adalah sebuah negara tak perlu terlibat dalam syarikat penerbangan.

Bagaimana pula dengan SIA dan banyak lagi syarikat penerbangan yang ditaja kerajaan pelbagai negra kerana ianya lkuar kemampuan sebuah syarikat untuk menyediakn perkhidmatan sedemikian untuk tujuan besar nasional?

Kenapa kata sekarang setelah Khazanah Nasional termasuk dirinya sebagai CEO yang dilantik Khazanah gagal untuk kembalikan keuntungan MAS?

Bukankah Idris Jala yang hanya tahu buang orang turut membuang 3,000 pekerja tapi akhirnya ambil balik 3,000 pekerja tak berkemahiran dan berpengalaman yang akhirnya hanya bagai tikus baiki labu?

Bukankah Idris jala yang hanya memulihkan dengan menjual aset tapi ditipu aturan akaun seolah-olah ianya keuntungn dari operasi?


Bukankah Idris yang membuat hedging minyak ditahap tinggi yang hanya menutup kedudukan sebenar untung rugi MAS dan akhirnya terbongkar dia mengumumkan untung tapi sembunyikan operasi satu suku tahun rugi RM300-400 juta. Baca di SINI

Langsung dia dibuang kerja dan dijadikn Menteri.





Sebaik jadi Menteri dialah yang membuat kenyataan bodoh yang akhirnya diguna oleh pembangkang mengatakan negara akan bankrup!
 
Seterusnya petikan dari Flying Kick

Kalau setakat nak selesaikan kerugian dengan menjual aset dan kemudian hasil jualan tersebut diisytiharkan sebagai keuntungan, TAK PAYAH JADI MENTERI LER...

Pi balik kampung, belajar tanam padi lagi baik. Sekurang-kurangnya manalah tahu dengan hasil kerja tangan seorang BEKAS MENTERI, PADI BARIO akan berlipat kali ganda jumlah keluarannya dan boleh dieksport ke seluruh dunia.

Tahap apakah penilaian dan justifikasi yang digunakan oleh seorang Menteri seperti Idris Jala? Tak boleh selesai masalah, jual. Nak dapat untung, jual. Nak lari dari masalah, jual!


Atau sebenarnya Idris Jala sudah pun mempunyai pembeli berpotensi untuk MAS?

Dari cadangan potential buyer itu ler kut, Idris Jala menyarankan agar Malaysia menjual syarikat penerbangan nasional dan tidak lagi perlu memiliki syarikat penerbangan sendiri. Dan cadangan daripada potential buyer itu jugalah kut, Malaysia 'HANYA PERLU' menyewa kapal terbang daripada syarikat yang membeli MAS dari Malaysia?
[Kami tak lupa Ethos Consulting yang terlibat sebagai Private Equity consultant menjual aset-aset Khazanah ke Singapura.....]



Boleh Pak Menteri jawab secara berterus-terang, SEBENARNYA BERAPA JUMLAH KOMISYEN yang bakal diperolehi oleh Pak Menteri hasil daripada cadangan menjual MAS? Berapa keuntungan kasar yang dijanjikan kepada Pak Menteri?

Takkan Pak Menteri saja-saja kut keluarkan cadangan seperti itu kalau tak ada keuntungan besar yang dijanjikan oleh potential buyer kut!

No comments:

Post a Comment