Wednesday, 14 August 2013

Nazri Aziz Lagi.....

 
Semalam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir kata beliau tidak akan memberikan walau satu pun projek kepada kaum kerabat atau saudara mara beliau di Kedah dan beliau juga mengatakan selama memegang jawatan Menteri Besar belum ada lagi yang bernai berbuat begitu.

Mukriz sendiri juga mengatakan bahawa beliau akan mengutamakan rakyat dibawah pemerintahannya di negeri Kedah berbanding perkara perkara lain.

Ini adalah contoh Menteri yang patut dikekalkan sebagai pemimpin negara dan keputusan itu adalah tepat serta perlu diberi penghormatan.

Tapi macam mana pulak dengan Menteri Pelancongan kita sorang ni? Siapa? Takkan la tak kenal kot dengan orang yang diberi gelaran Chip yang dulunya semasa memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia begitu lantang berjuang hak orang Melayu kini dah layu kerana anaknya si Nedim yang begitu kuat berpoya poya hingga lupa diri dia duduk dalam dunia, agaknya hari hari ingat dia duduk dalam syurga yang dicipta oleh bapanya Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri memberikan jawapan tentang artikel-artikel banyak keluar semalam tak tau pulak cerita tu boleh jadi sensasi yang membakar arena kepimpinan Menteri di Kementerian Pelancongan ni.

Dalam jawapan Nazri beliau mengatakan bahawa anaknya tidak menerima gaji dari kerajaan walaupun menjawat jawatan Pegawai Khas di kementerian beliau.

Adakah relevan apabila anak sorang menteri duduk sebagai pegawai khas di kementerian sama? Itu yang menjadi persoalan.

Dengan perangai yang tidak senonoh, si Nedim diangkat menjawat jawatan tersebut walaupun tidak bergaji.

Tidak dinafikan kalau Nedim tidak menerima gaji memandangkan kekayaan luar biasa beliau yang melampau tetapi seperti biasa adat orang yang berniaga sama macam semut, dimana ada gula disitu le ianya akan datang.

Jadi sama le macam Nedim yang dikatakan ahli perniagaan oleh bapanya si Nazri Aziz, tidak mustahil kalau projek pelancongan akan diberi kepada beliau atau proksi beliau yang juga merupakan rakan rakan beliau sendiri.

Dalam artikel blogger Anak Sungai Derhaka, kalau tak terima gaji pun tapi dapat satu atau dua projek pelancongan setahun memadai dan ianya lebih daripada gaji seorang Menteri dalam kementerian.

 
Atau mungkin juga Nazri meletakkan anaknya sebagai pegawai khas di kementerian pelancongan ni sebab sikap anaknya yang suka melancong dan melencong, alaa macam sekarang ni kan, Nedim ke Bali bersama sama artis janda si Nora Denish agaknya melepaskan apa yang tertunggak kot.
 
Jadi kena dengan tempatnya, pegawai khas kementerian pelancongan pergi melancong bersama sama 20 orang rakan rakannya ke Bali.
 
Huhu..untung le jadi anak Menteri macam nazri, jawatan dapat, melancong dapat, peluk betina dapat, minum arak dapat, apa lagi yang tak dapat agaknya yang akan Nedim minta lepas ni.
 
Projek? Confirm dapat.."You Are My Son" kata Nazri kat Nedim kalau Nedim minta projek untuk cover duit yang dah terbang berpuluh ribu sebab nak hantar bekalan anak benih pada artis wanita.
 
Haha..ok lah..nanti panas lagi pak menteri kita si Nazri Aziz ni tapi apa yang Sangkakala nak kata sebenarnya ialah beza antara orang yang mencari kekayaan selama menjadi Menteri dari zaman Tun Mahathir hingga kini dengan anak Tun Mahathir,  Datuk Mukhriz.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment