Monday 5 August 2013

Siapakah Gerangan Faisal Hamdi??


Jika melihat kepada gambar di atas sudah tentu ada diantara kita akan menyangka lelaki itu antara ribuan Mujahidin yang selalunya mengangkat senjata memerangi puak-puak pengganas atau mereka-mereka yang menyerang serta membunuh orang-orang Islam di sebelah Timur Tengah.
 
Dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti mujahidin di Afghanistan berperang dengan tentera Rusia , Bosnia berperang dengan puak-puak Serb dan banyak lagi menjadikan fikiran kita lebih terarah kepada perjuangan sedemikian.
 
Namun lelaki bernama Faisal Hamdi dalam gambar diatas merupakan warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang kini berada di Syria bersama-sama dengan (FSA) Free Syrian Army.
 
Terdapat laporan yang menyatakan beliau telah terlibat secara langsung dengan pasukan FSA sebagai pejuang mujahidin yang kini berperang menentang rejim zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad.
 
Tetapi tak berapa pasti dengan berita dan laporan sedemikian kerana berdasarkan sumber dan rujukan melalui akaun facebook milik beliau , Faisal Hamdi sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria yang terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus.
 
Malah Faisal juga sebenarnya sedang membuat liputan di ground zero bersama FSA dan sedang menyiapkan dokumentari tentang Syria yang akan di terbitkan nanti.
 
Berikut adalah catatannya yang perlu di kongsi dengan semua...

 
DOKTOR & VIDEOGRAPHER 
 
2 profession yang sangat diburu oleh tentera Basyar berbanding mujahidin adalah para doktor perubatan dan para jurukamera. 
 
Doktor diburu kerana tugas mereka yang merawat para mujahidin yang cedera bertempur. Bagi regim, adalah lebih baik menghapuskan si perawat cedera kerana sesudah dirawat dan sembuh, mujahidin akan kembali ke medan perang. Maka sifir mereka dengan menghapuskan para pegawai perubatan, maka akan berkuranganlah jumlah mujahidin yang sembuh dan bangkit kembali menentang mereka.
 
Jurukamera diburu pula kerana merekalah yang bakal membawa berita-berita sebenar keadaan dan situasi Syria keluar dari Syria yang akan membuka mata masyarakat antarabangsa. Salah satu video pertempuran yang sempat dikongsikan kepada saya dan fotographer Syahid Ă–blind Rosley betapa tentera regim mengalihkan tumpuan tembakan mereka daripada dihalakan kearah mujahidin kepada jurukamera sebaik sahaja mereka menyedari kehadirannya di medan pertempuran tersebut.
 
Doktor yang berkacamata disebelah kiri saya itu berasal dari Yaman. Beliau menggadaikan kerjayanya di Yaman dan London sebagai doktor dan juga pensyarah perubatan semata-mata untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang tak berdosa di Syria. Bila ditanya apakah motivasinya? Lalu dijawab "Tiada lain melainkan Islam. Mereka disini adalah saudaraku. Islam yang menyatukan aku dengan mereka"
 
Betapa peperangan itu sesuatu yang gila. Hanya yang gila sanggup meredahinya.
 
p/s: lantai hospital ini masih basah dengan darah..
 
Walaupun Faisal di lihat seperti penyokong pembangkang melalui info-info di akaun facebooknya , MMI rasa pengalaman dan catatannya itu perlu MMI kongsikan kerana ianya melibatkan saudara seagama dengan kita yang kini berada di tengah-tengah konflik Syria.
 
Semoga catatan dan laporannya dapat menginsafkan kita orang-orang Melayu di Malaysia supaya bersatu atas nama ISLAM.
 

No comments:

Post a Comment