Monday 12 August 2013

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Kaki Buntut Dan Songlap RM2 juta

Maklumat tentang seorang calon Naib Ketua Pemuda yang mempunyai tabiat seks luar biasa dan aneh, semakin banyak tersebar. Ianya tidak hanya melibatkan cerita mulut semata-mata, sebaliknya wujud bukti kukuh selain pengakuan daripada pasangannya yang telah divideokan dan didokumentasikan.

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu merupakan antara penyokong bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Pak Lah dan menantunya, KJ yang paling tegar. Dia kembali menyertai UMNO pada zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri walaupun punca sebenar dia meninggalkan Anwar Ibrahim adalah disebabkan tembelangnya melarikan duit, sudah diketahui oleh kepimpinan PKR.

Bijak menghidu peluang, ditambah pula dengan terdesaknya Pak Lah pada waktu itu untuk membuktikan bahawa dia mampu mengembalikan penentang-penentang UMNO kembali ke pangkuan parti itu, individu ini telah menggunakan segala kesempatannya yang ada.

Individu ini pernah membakar bendera Malaysia semasa perarakan jalan raya pada penghujung tahun 1990an. Sehingga ke hari ini, individu yang terkenal di kalangan para pemimpin PKR sebagai penyonglap kewangan terbesar, masih membenci dan mengutuk bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO itu, mempunyai sisi gelap yang tidak dipedulikan oleh sesiapa pun, sehinggalah secara tidak sengaja salah seorang daripada lelaki yang kerap berasmara dengannya bercerita dengan megah sambil menunjukkan video dan gambar-gambar keintiman mereka.

Dalam satu senario yang berbeza, individu ini pernah membohongi isterinya dan memandu ke Alor Setar semata-mata untuk berasmara dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sana. Selesai sahaja memadu kasih dengan teman wanitanya itu, dia bergegas kembali ke Kuala Lumpur.

Sepanjang menjadi Exco Pemuda UMNO, individu ini sempat menyakau wang berjumlah RM2 juta. Jumlah itu tidak termasuk peruntukan beberapa jabatan yang diketuai atau disertainya, termasuklah sebagai think tank sebuah agensi kerajaan. Peruntukan PRU13 merupakan jumlah terbesar yang masuk ke akaun peribadinya bagi membolehkan dia hidup secara mewah.

Individu bernafsu serakah besar seperti ini, hanya mempercepatkan kematian UMNO apatah lagi jawatan yang hendak ditandinginya adalah pemimpin pelapis. Tidak mungkin UMNO begitu terdesak, terutama sekali Pergerakan Pemudanya sehinggakan sampah seperti itu pun dikutip dan digilap semata-mata untuk menjadi pemimpin utama.

Tq The Bebalians

No comments:

Post a Comment