Saturday 17 August 2013

Isu Kalimah Allah, Adakah Najib Talam Dua Muka??

Ramai yang dah menulis mengenai tarikh 22 Ogos bilamana Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung permohonan pihak gereja mahu menolak Rayuan yang dikemukakan oleh KDN dalam isu kalimah Allah.

Pastinya melegakan bila Zahid bersuara dengan tegas -

"Ketepikan perbezaan politik dalam kalangan kita. Ketepikan sebarang perbezaan tafsiran atau sebarang kepentingan jika ada, baik kepada individu mahu pun organisasi diwakili kerana kalimah Allah bukan soal hak (asasi) tetapi hak mutlak Islam yang wajib dipertahankan.

"Ia perlu diberi titik noktah dan tidak menjadi isu yang dipolemikkan. Kita hendaklah bersetuju untuk bersetuju bagi mempertahankan kalimah Allah,"- Utusan .
Bulan lepas, Najib juga telah menyuarakan ketegasan kerajaan dalam hal ini.
 

Nah, kalau PM sendiri dah berikan JAMINAN untuk mempertahankan kalimah Allah, rasanya kita bolehlah menarik nafas lega sementara menanti keputusan hakim..... kan ?
ITU DI PIHAK KITA ....... Bagaimana pula pendirian PIHAK MEREKA ?
Percaya atau tidak kalau saya katakan - Kalau kita merasakan PM berada dipihak kita, pihak Kristian juga merasakan PM berada dipihak mereka !

KUALA LUMPUR: Tidak sampai dua tahun selepas Mahkamah Tinggi Tinggi mengisytiharkan larangan penggunaan kata “Allah” adalah tidak berperlembagaan, kerajaan telah memberikan Penyelesaian 10 - Perkara sebagai jawaban kepada pelbagai isu Alkitab dan lain-lain.

Penyelesaian - 10 Perkara itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak pada April 11, 2011 setelah mendapat persetujuan kabinet dan disampaikan kepada Pengerusi Persekutuan Malaysia, Ng Moon Hing.
Antara kandungan Penyelesaian 10 - Perkara ialah kerajaan membenarkan penerbitan dan mengimport Alkitab semua bahasa termasuklah Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia yang mengandungi kata “Allah” tanpa sebarang sekatan.
Uskup Agung Murphy Pakiam menyatakan bahawa Perdana Menteri sesungguhnya mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 31, 2008 sebelum menandatangani Penyelesaian 10-Perkara.
- Antara kandungan Penyelesaian 10 - Perkara ialah kerajaan membenarkan penerbitan dan mengimport Alkitab semua bahasa termasuklah Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia yang mengandungi kata “Allah” tanpa sebarang sekatan.
- Penyelesaian 10-Perkara turut menyatakan bahawa di dalam semangat 1Malaysia dan mengakui bahawa ramai orang berulang-alik di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia, tiada larangan atau pembatasan dikenakan ke atas mereka yang ingin membawa AlKitab masing-masing apabila di dalam perjalanan
 
Diatas saya copy dari Herald Malaysia Online - KLiK dan versi omputehnya - KLiK.
Perkara ini menjadi topik kegemaran saya ketika ia hangat sewaktu PRN Sarawak dan ada saya recap semula hujung tahun lepas ketika Lim Guan Eng menghangatkan semula isu kalimah Allah. - KLiK.
Apakah sebenarnya yang terkandung dalam Perjanjian 10 Perkara 1Malaysia itu dan apakah TAFSIRAN pihak kerajaan Najib itu SAMA dengan tafsiran pihak Kristian ?
Saya rasa ada baiknya jika Najib dapat berikan penjelasan akan hal ini dan perbetulkan pemahaman TIDAK TEPAT pihak Kristian tentang apa yang terkandung dalam Perjanjian 10 Perkara 1Malaysia itu.
Pasti pemahaman mereka salah, kalau tidak mana mungkin Najib sanggup beri jaminan akan mempertahankan kalimah Allah ... kan ? 
Takut jika dibiarkan terus pemahaman tidak tepat itu diminda pihak Kristian, nanti Najib akan dituduh sebagai memungkiri janji sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada kita. 
TIDAK MUNGKIN Najib memberi dua jaminan yang berlawanan kepada dua pihak yang bertelagah ! ( atau dalam peribahasa kita namakan Talam Dua Muka)

TQ Din Turtle..

No comments:

Post a Comment