Wednesday 14 August 2013

Apa Kaitannya PEMANDU Dengan Isu Keselamatan Negara ?


Mulanya saya hairan juga kenapa blogger otai Mymassa duk meroyan tentang PEMANDU ni ? Ingatkan isu tentang kenyataan Idris Jala yang mahu jual MAS, tapi ternyata mengenai isu lain..

Katanya, PEMANDU akan buat kajian mengenai isu keselamatan negara ie cara2 membanteras jenayah yang banyak dilapurkan berlaku sekarang. Kajian pula melibatkan SOP yang diamalkan oleh negara2 luar seperti Amerika, Switzerland, France ....pendekkata negara2 yang ramai orang teringin sangat nak pergi melawat hehehehe ... kebetulan jer kot.

Tolong jangan hendak menghalalkan OVERSEA TRIP PEMANDU sebagai usaha untuk membanteras jenayah di negara ini. Apakah jenayah berat yang berleluasa ketika ini dilakukan oleh penjenayah atau kumpulan samseng yang sama dari negara luar? Kalau betul hendak belajar menangani jenayah berat di negara ini, jawapan yang perlu dicari nanti bukanlah di Switzerland, France, London atau Milan, tetapi formulanya boleh ditemukan di daerah terpencil Mexico, Selatan Thai atau pedalaman selatan Filipina. Lagi pun, kos ke sana lebih murah dan hotel penginapan pun tidak semahal mana.

Tapi kenapa pula PEMANDU yang diamanahkan buat kajian tentang isu keselamatan negara ? Bukan ke tugas diorang berkaitan teksi dan pengangkutan awam jer ? Contohnys baru ni - Rakyat Asing Tidak DiBenar Jadi Pemandu Teksi - Nancy. Nampaklah juga relevannya dengan nama ......

Atau Pemandu nak jual MAS ..... ada juga kaitannya dengan pemandu ..... kan ?

Tapi isu Keselamatan Negara ?


Tidakkah menjadi satu kerja lain yang tidak diperlukan ( atau kerja yang boleh dielakkan ) pula untuk pemandu2 yang buat kajian itu untuk mengajar mereka yang sebenarnya terlibat dalam isu keselamatan sekembalinya mereka dari buat kajian dinegara2 oversea itu ?

Sebab persoalan itu yang pertama timbul dalam kepala - Kenapa tidak serahkan saja tugas itu kepada badan yang Professional yakni pihak PDRM ?

Oya, SEBELUM masa GALOK sangat nak hapuskan ISA dan Ordinan Darurat dulu, tak terfikir ke nak buat semua kajian ni ?

Jangan sampai didedahkan nanti yang punca berleluasanya kes jenayah BERAT di seluruh negara ini pun datangnya dari kalangan PUNAHSIHAT PM sendiri. Silap-silap PEMANDU pun ada terlibat sekali. Yalah, siapa lagi yang paling kuat pendapatnya didengari oleh PM Najib selain daripada kelompok penasihat dan PEMANDU? Siapa yang MISGUIDE DS Najib untuk memansuhkan ISA dan EO dengan alasan ia dapat meningkatkan populariti beliau dan boleh menterjemahkan kepada kemenangan besar BN PRU-13 lalu? Semua orang tahu yang pemansuhan ISA dan EO bukan sahaja tidak memberikan keputusan PRU-13 yang diidamkan PM, bahkan memburukkan lagi situasi keselamatan negara.

Dan satu lagi, apakejadahnya tugas menggubal undang2 keselamatan negara bagi menggantikan ISA dan EO diberikan kepada bos Pemandu , Idris Jala ?

Apa yang beliau tahu tentang Keselamatan Negara ?

                                                 **************************

Saya cari juga berita lanjut mengenai kajian yang ingin dilakukan oleh Pemandu seperti yang disebut Mymassa diatas. Ada dilapurkan dalam NST semalam - ( mungkin ada kaitan )

Pemandu to study usage of tracking devices

THE Performance and Delivery Unit (Pemandu) is conducting a study on the effectiveness of the electronic-monitoring device used in several other countries  to  reduce crime.

Minister in the Prime Minister's Department Nancy Shukri said Pemandu was studying the models adopted by the United States and other countries, which had used electronic devices on prisoners under parole and repeat offenders.
Rupa2nya Pemandu nak kaji penggunaan Alat Pengesan / Tracking Device untuk dipasang pada anggota badan bekas2 pesalah EO yang telah dibebaskan.


Hmmmm ... PEMANDU dan Alat Pengesan ..... OKlah, ada kaitannya juga walaupun sipi...

No comments:

Post a Comment