Tuesday, 27 August 2013

10 KPI Khaled Nordin Selaku MB Johor

Khaled Nordin                                                                                                                 
 
SETIAP Exco telah ditetapkan 10 sasaran untuk diberi tumpuan dan penekanan sebagai indeks pencapaian utama (KPI) masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia membabitkan 10 KPI yang perlu dikemukakan setiap Exco mengikut portfolio mereka.

“Setiap Exco sudah mengemukakan sasaran tersebut dan akan dilihat serta dinilai oleh kerajaan negeri.

"Sasaran yang nak dilakukan oleh setiap Exco menjadi tumpuan kerajaan negeri.

“Sampai masanya saya akan beritahu dan umumkan pencapaian ini kepada umum,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, dalam tempoh 100 hari ini semua Exco dapat melihat banyak perkara dan memahami perjalanan ini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut mendapat input daripada kajian yang dibuat daripada orang ramai.

“Insya-ALLAH kita telah dapat merangka perkara-perkara yang kita rasakan begitu kuat dalam tempoh 100 hari pelantikan ini, katanya.

Beliau berjanji setiap pencapaian bagi membawa lebih banyak kemajuan kepada negeri ini dan dapat menjana pembangunan negeri yang lebih makmur dan menyeluruh.

1 comment: