JOHOR BHARU - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan terus kekal di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, kerajaan BN akan terus mengekalkan SJKC dan SKJT sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan nasional.
"Kerajaan Barisan Nasional akan terus mengekalkan SJKC dan SJKT bagi membolehkan anak-anak kaum Cina dan India di negara ini mempelajari bahasa ibunda mereka, selain memastikan mereka terus mempelajari budaya mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan khas dengan guru-guru SJKC di SJKC Foon Yew, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
Muhyiddin meminta masyarakat Cina agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang terutamanya ketika musim pilihan raya umum ini yang mendakwa bahawa kerajaan meminggirkan SJKC. - Bernama

No comments:
Post a Comment