Usaha pembangkang untuk meruntuhkan kubu Barisan
Nasional (BN) di Johor memakan diri apabila sikap buruk pemimpin mereka yang
gila kuasa dan mengutamakan kepentingan diri terdedah melalui perang' antara
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata,
konflik PKR-DAP itu memperlihatkan sisi sebenar kedua-dua parti tersebut dan
perilaku tersebut membayangkan negeri ini akan berada di ambang kehancuran jika
ditadbir oleh pembangkang.
"Apa yang berlaku di Johor kerana masing-masing
terlalu angkuh sehingga berebut kerusi. PKR-DAP tidak cerita pasal khidmat yang
boleh diberikan kepada rakyat tapi cerita kerusi mana boleh menang.
"Ini berbeza dengan BN yang tidak seperti itu. Kenapa
tidak berebut di kerusi lain di Johor seperti di Parlimen Tenggara atau Kota
Tinggi? Kenapa mesti berebut di Parlimen Bakri atau Gelang Patah? Ini
menunjukkan mereka hanya fikir tentang diri sahaja dan fikir pasal rakyat di
Gelang Patah atau Bakri," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Jamboree
Basikal Bukit Parit Jawa di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari
ini.
Perang PKR-DAP berpunca daripada perebutan kerusi
antara dua parti pembangkang itu sehingga Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau
meminta supaya Datuk Chua Jui Meng dilucutkan jawatan Pengerusi PKR
Johor.
Cheng Hau mendakwa, Jui Meng sedang melancarkan
kempen secara rahsia terhadap DAP di negeri ini dan salah satu daripada kerusi
yang menjadi 'rebutan' adalah Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah
Heng dari BN
No comments:
Post a Comment