Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang sudah tersilap langkah umum
awal-awal mahu bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.
Tindakan Kit Siang itu sebenarnya menempah maut kerana Johor adalah
tempat kelahiran UMNO dan kubu kuat parti itu.
Tidak mungkin dan tidak sesekali rakyat Johor yang rata-ratanya
menyokong Barisan Nasional akan membenarkan Kit Siang bertapak di situ walaupun
beliau mengaku itu negeri kelahirnya.
Memang ada benarnya apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata karier pemimpin veteran Dap berusia 72 tahun itu akan berkubur
di Johor sambil berkata pengundi Gelang Patah hendaklah memastikan ia menjadi
realiti.
Begitu juga dengan tindakan pemimpin muda Dap lain seperti ahli
parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang mahu berhijrah ke Johor yang
pastinya tidak akan mendapat laluan begitu mudah.
Untuk meraih undi masyarakat Cina terutamanya, Kit Siang segera
mengeluarkan Deklarasi Gelang Patah.
Kegemaran pembangkang yang suka membuat deklarasi itu dan ini
menjelang pilihan raya sudah tentunya menimbulkan sangsi dan ketidakyakinan di
kalangan rakyat.
Ini kerana berdasarkan pengalaman manifesti Pakatan Rakyat Selangor
pada pilihan raa umum 2008 dahulu, hampir 90 peratus gagal ditunaikan.
Rakyat akan tertanye-tanye jika manisfesto peringkat negeri Selangor
tidak mampu untuk dilaksanakan bagaimana pula hasrat berkobar-kobar pembangkang
untuk menunaikan janji-janjinya dalam Manifesto Rakyat peringkat nasional?
Malah Deklarasi Gelang Patah yang diumumkan oleh Dap adalah tindakan
unilateral iaitu tidak mendapat restu dari pimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat.
Apakah niat Dap berbuat demikian kerana merasakan manifesto yang
dilancarkan oleh pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pada 25
Februari lalu.
Mungkin terlalu banyak lompongan Dap merasakan ia perlu satu lagi
lampiran kepada manisfesto induk yang serba kekurangan.
Jika deklarasi ini bukan menjadi sebahagian daripada manifesto
Pakatan Rakyat ini bermakna kaum India akan sekali lagi ditipu oleh pembangkang
kerana semua janji-janji yang ditaburkan dalam dokumen itu tidak akan
dilaksanakan.
Intipati kepada Deklarasi Gelang Patah ialah janji Dap untuk
menyelesaikan yang dihadapi oleh kaum India di negara ini.
Deklarasi ini dengan jelasnya adalah rasis dan berdasarkan bersifat
perkauman walhal Pakatan Rakyat sebelum ini mengkritik hebat UMNO dan BN kerana
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat
Melayu.
Nampaknya Dap hanya pentingkan kaum India tanpa memikirkan jumlah
masyarakat Melayu dan Cina miskin dan daif yang masih memerlukan pembelaan serta
bantuan.
Memberi fokus hanya kepada kaum India sahaja menunjukkan Dap dan
Pakatan Rakyat bercakap tidak serupa bikin kerana lupa merekalah paling lantang
sekali membangkang sebarang polisi yang berbentuk atau menjurus kepada satu kaum
sahaja.
Tetapi disebabkan kemaruk untuk mendapat undi Dap sanggup menjilat
kembali ludah mereka sendiri.
Sekiranya Dap mampu mengeluarkan deklarasi khas untuk kaum India
sahaja adalah ia juga akan berbuat perkara yang sama bagi kaum Melayu, kaum Cina
atau kaum Orang Asli yang memerlukan pembelaan?
Jika Dap dan Pakatan Rakyat hanya mahu membela kaum India sahaja maka
ini adalah satu tindakan diskriminasi ekstrim terhadap kaum-kaum lain yang juga
mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan dari pihak
kerajaan.
Jadi jikalau kini Pakatan Rakyat sudah mengubah program
sosioekonominya daripada yang berdasarkan kepada keperluan (needs-based) kepada
keperluan kaum (race-based) apa bezanya dengan DEB yang kemudiannya
ditransformasi kepada Dasar Pembangunan Negara.
Ini bermakna Dap dan Pakatan Rakyat kini sudah bersetuju bahawa apa
yang dilakukan oleh BN untuk membasmi gejala kemiskinan tanpa mengira kaum
adalah sesuatu yang tepat dan berada pada landasan yang betul.
Jika diteliti deklarasi tersebut akan didapati kebanyakan yang
dijanjikan Dap sudah pun terlaksana atau sedang dilaksanakan samada di peringkat
negeri mahupun nasional.
Antaranya janji menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara
dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.
Kementerian Dalam Negeri sudah pun lama mengambil tindakan ke atas
isu itu dan baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 120 penerima membabitkan taraf
kerakyatan tertunggak.
Begitu juga dengan isu sekolah Tamil yang sejak merdeka mendapat
pembelaan dari pihak kerajaan.
Malah Perdana Menteri telah meluluskan RM20 juta lagi untuk membina
dan memperbaik 13 sekolah bantuan penuh jenis kebangsaan Tamil di seluruh
negara.
Peruntukan baru yang di luar dana RM100 juta itu yang sebelum ini
diberikan di bawah Belanjawan 2013, adalah untuk memenuhi keperluan mendesak
pembangunan infrastruktur sekolah- sekolah Tamil terbabit.
Menurut statistik, sejak 2009, kerajaan BN telah memperuntuk sejumlah
RM540 juta bagi sekolah-sekolah Tamil jauh lebih besar daripada bajet RM4 juta
yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Jadi janji Dap untuk memperkasa sekolah Tamil tidak relevan langsung
dan hanya gimik politik untuk mendapat undi.
No comments:
Post a Comment