Tuesday, 23 April 2013

Senyum Sumbing Sekutu AS

Anwar di Paris
Mengata orang, paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih. Inilah perumpaan yang paling cocok sekali dengan Anwar Ibrahim. Kerap kali Anwar Ibrahim menyelar PM Najib kerana memburuk-burukkan pembangkang menjelang PRU13.
 
Katanya, Najib menggunakan cara itu untuk memupuk kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat, khususnya dirinya sendiri. Tetapi sebenarnya Anwar Ibrahim lebih kerap memburukkan kerajaan dan negara terutamanya bila ada wawancara bersama media asing.

Inilah pekerjaan tetap Anwar, menjaja cerita negara kepada mereka di luar. Kalau difikirkan, ini adalah perbuatan yang keji dan tidak ada rasa hormat akan negara sendiri. Negara di mana tempat dia dilahirkan, mendapat pendidikan, mencari makan dan juga mengejar jawatan. Tetapi, inilah resminya orang hilang pertimbangan dan hilang perasaan malu menjaja cerita yang terang-terangan rekayasa.
 
Di Paris, Anwar Ibrahim mengecam negara sendiri yang kononnya tidak mengamalkan demokrasi sebenar. Beliau tanpa perasaan bersalah berkata sedemikian, sedangkan kalau tiadanya demokrasi dalam negara ini, tidak mungkin dia boleh hidup senang lenang sekarang ini.

Sudah ingin menjelang PRU13, Anwar masih lagi gagah keluar memberi ceramah bagi meraih undi. Masih lagi mampu menjelajah seluruh Malaysia menyebarkan dakyah-dakyah pembangkang nya. Masih gigih menghasut rakyat menerimanya.
 
Kalau ini masih boleh dilakukan dengan mudah, adakah itu bukan demokrasi yang diberikan dan dinikmati? Sudah itu dijaja, ditokok tambah pula kononnya beliau rasa tidak selamat di Malaysia kerana ada cubaan untuk “membunuh” beliau.
 
Membunuh bagaimana kalau beliau sendiri punyai pegawai peribadi yang mengelilingi beliau. Bukan Anwar yang ingin dibunuh, tetapi beliau yang membunuh orang-orang yang berada sekelilingnya.

Ada sahaja konspirasi yang dijalankan bagi menjatuhkan sesiapa sahaja yang beliau percaya boleh menjadi penghalang perjalanan beliau untuk menakluk Putrajaya.

 Tidak kiralah orang dari parti sendiri ataupun PAS dan DAP sekali pun. Semua yang menjadi ancaman, akan ‘dibunuh’nya.
 
Inilah sikap sebenar Anwar Ibrahim, sibuk mengutuk Datuk Seri Najib, tetapi dia sendiri masih carca marba. Parti sendiri tidak terkawal, ini kan pula nak tadbir kerajaan. Ini belum dapat dijaja lah negara tidak mengamalkan demokrasi.
 
Cuba kalau dah dapat, silap-silap negara dikata tak selamat untuk diduduki dan beliau goyang kaki tengok orang asing perintah Malaysia sekali lagi. Minta dijauhkan perkara ini terjadi, masih sempat lagi kerana belum tiba hari mengundi. Fikirlah dengan bijak.

No comments:

Post a Comment