Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.
PAS dan PKR
turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana
membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme
agama.
Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.
"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.
Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah
tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk
Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu
lepas.
Persidangan bertujuan memperkasa dan
mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk
nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar,
katanya.
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang
memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati
mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan
menyesatkan.
"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi
umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar
dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).
"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama
Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk
menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana
ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.
Beliau berkata, membenarkan nama Allah
digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua
agama adalah sama dan diturunkan Allah.
"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam
kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu
agama Allah," katanya.
Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment