PUTRAJAYA: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding di kerusi Parlimen Pekan bagi mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Pelajar Universiti Malaya (UM) Mohamed Bukhairy berusia 23 tahun yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding di kawasan itu walau bagaimanapun gagal memberitahu sebarang sebab keputusan tersebut dibuat.
Sebelum ini PKR meletakkan ahli majlis pimpinannya Fariz Musa untuk bertanding di kerusi Pekan sekaligus membayangkan pertandingan tiga penjuru di kubu kuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Safwan Anang dalam satu ceramah di Putrajaya semalam.
"Mahasiswa isytihar menarik diri daripada Pekan tatapi masih isytihar perang kepada Barisan Nasional.
"Sebelum ini cabaran itu dibuat oleh mahasiswa pro-pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464.
No comments:
Post a Comment