KEPUTUSAN 5 pemimpin DAP Johor meletakkan jawatan secara beramai-ramai semalam, bukan disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin tersebut adalah Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, Timbalan Pengerusi DAP Norman Fernandez, ADUN Mengkibol Ng Lam Hua, Setiausaha DAP Johor Tan Chen Choon dan seorang lagi yang namanya tidak didedahkan kepada kami.
Perkara ini perlu dijelaskan sekarang kerana sudah ada ura-ura yang mengaitkan penglibatan Anwar dalam keputusan membawa pemimpin luar DAP untuk bertanding di Johor. Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan tindakan Anwar mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah kelmarin.
Sebetulnya, kedua-dua perkara tersebut tidak berkaitan.
Apa yang berlaku sebenarnya, keputusan untuk membawa semua pemimpin dari luar ini adalah diputuskan oleh DAP Pusat sendiri bagi melebarkan peluang Pakatan Rakyat untuk menambah kerusi Parlimen di negeri tersebut daripada 1 sekarang kepada 7 atau 8 kerusi. Anwar tidak campur tangan langsung.
Strategi memindahkan pemimpin kanan DAP dari luar ini untuk bertanding di Johor dibuat setelah kajian menunjukkan DAP mempunyai peluang lebih cerah untuk menambah kerusi di kawasan yang mempunyai komposisi kaum cina yang ramai dan yang agak seimbang.
Orang Melayu di kawasan yang sedang diintai DAP di Johor juga tidak sama seperti orang Melayu di kawasan-kawasan lain. Kemajuan dan pembangunan di tempat tersebut telah menjadikan orang Melayu kawasan itu lebih menerima perjuangan DAP, termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible oleh orang Kristian.
Cuma yang menyukarkan peluang DAP untuk menang ialah faktor calon.
Pemimpin-pemimpin DAP Johor diketahui tidak mempunyai karisma yang diperlukan untuk menarik minat orang Melayu untuk mengundi DAP. Tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP dari luar yang akan dibawa masuk ini, pemimpin tempatan DAP Johor tidak pernah masuk ke Masjid dan sebagainya untuk mendekati orang Melayu.
Itu sahaja sebabnya kenapa 8 atau 10 orang nama-nama besar DAP dibawa keluar dari kawasan parlimen mereka sekarang untuk bertanding di Johor.
Di mana peranan Anwar? Tidak ada. Jadi jangan sesiapa berani cuba menyalahkan beliau dalam hal ini.
Tq : Suara Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment