Sunday, 21 April 2013

DAP Mahu Nyanyian Lagu Johor Di Sekolah Dihentikan?



 Perkara ini sedang jadi buah mulut di Johor.

Semalam dalam satu ceramah di Kluang Johor, salah seorang penceramah DAP mengatakan apabila DAP memerintah, budak sekolah tak perlu nyanyikan lagi lagu negeri Johor yang bertajuk "Allah selamatkan SUltan."

Bagi yang tak biasa dengar, berikut adalah video You Tube:

Penceramah itu kata tak perlu kanak-kanak sekolah nyanyikan lagu JOhor tapi mencukupi dengan hanya lagu Negara Ku.

Hairan mereka pertahankan lagu Negara Ku sedangkan DAP pernah mempertahankan hak Namewee menyiarkan lagu Negara Ku Ku sebagai parodi lagu kebangsaan yang begitu sinis hingga tahap menghina sekali.

Kenapa mereka benci sangat lagu negeri Johor sedangkan lagu itu sudah wujud sebelum adany alagu Negara Ku?

Adakah sesuatu yang mereka benci kepada lagu Johor hingga menggunakan alasan menyanyi lagu negeri menjadi satu beban anak mereka berdiri tengah panas ketika assembly? Maklumlah orang kulit cerah tak tahan panas dan dulu takpe ... sekarang tak boleh.

Ikutkan Lagu Johor  ada ikut-ikut lagu kebangsaan Britain "God Save The Queen" tapi digantikan God dengan Allah.

Jika mubaligh Kristian yang memimpin DAP beriya-iya mahukan makna God dalam bahasa Melayu menjadi Allah untuk diguna dalam gereja, tak mungkin itu jadi isunya.

Pada tahun 2008, SUltan Johor menegur ADUN DAP kerana keengganan memakai songkok di dalam dewan undangan negeri. Baca di SINI

Jika demikian, adakah nyanyian yang mendoakan keselamatan Sultan dan institusi Sultan yang dibenci mereka hingga ianya diluahkan sebagai isu kempen?

No comments:

Post a Comment