Tindakan
mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu
menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang
serius. Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan
mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma
untuk perajurit.
Tindakan
Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad
Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. Malahan
tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun
disalahgunakan.
Apakah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan
sebegini?
Sudah puas
menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang
mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba
membuat “damage control” dengan umpan “tabung Lahad Datu” versi Pakatan
Haram.
Terpampang
di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen “tabung Lahad Datu” yang
kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari “sandiwara
Tian Chua” itu.
Kononnya,
“tabung” mereka itu adalah “tabung khas” yang sama seperti “Tabung Wira Lahad
Datu” yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil
derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris
mangsa?
Di iklan
“tabung” anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414.
Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin “cash deposit” di
bank berkenaan.
Jangan
terkejut “beruk” sekiranya anda dapati bahawa akaun “tabung khas PAS” itu
didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia” atau lebih dikenali sebagai
PAS!
Ia berbeza
dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000,
di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama “Tabung
Wira Lahad Datu”.
Sebenarnya,
saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. Sejarah
menunjukkan PAS sememangnya “pantang” dan “allergic” dengan perkataan “tabung”
dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya.
Misalnya,
“Tabung Memali”. Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk
membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu.
Namun “tabung” tersebut lesap entah ke mana.
Malah
waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka
dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara
telus. Mesing jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis
dijual puak-puak PAS!
Kalau jumlah
kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong
gantikan. Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit,
padanlah PAS bersikap “kelam mata” dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut,
bukan?
Selain itu,
tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk
meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk
dan didiamkan begitu saja.
Sehingga
kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan
kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. Kehilangan wang itu kekal menjadi
“misteri” yang mungkin “ghaib” bagaikan “dicuri bunian kayangan”…
Jadi, apakah
kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan
PAS itu?
Sudahlah
didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia”, kita khuatir dan ragu-ragu
sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi
membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia.
Saya faham,
mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung,
tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah.
Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini.
Buruk sangat caranya…
Kalau betul
nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi
bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka.
Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke
akaun yang terlibat. Susah sangat, kah?
Bukan apa,
melalui sejarah “tabung” yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara
ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah
rakyat itu. Kalau duit pengikut sendiri pun PAS “kebas”, apatah lagi wang
rakyat? Lesap lagilah nampaknya…
No comments:
Post a Comment