Monday, 8 April 2013

Negara Kebajikan VS Negara Islam HJ HADI...

Dahulu mereka memegang janji akan menegakkan negara Islam dalam apa cara sekali pun. Segala dokumen dan penerangan diedarkan untuk meraih sokongan rakyat dalam menegakkan usaha mereka.




Tetapi kini demi meraih sokongan bukan Islam, mereka menggadaikan perjuangan mereka demi sahabat-sahabat kafir mereka. Negara Islam sudah ditolak jauh dan digantikan dengan negara berkebajikan. Ini demi menjaga hati sahabat-sahabat kafir mereka yang dahulu digelar mereka sebagai kafir harbi.






Bukankah ini menunjukkan betapa mereka ini hanya dahagakan kuasa dan sanggup menggadai perjuangan mereka demi memenuhi impian mereka ke Putrajaya? Adakah prisip perjuangan boleh berubah sekelip mata setelah begitu ramai yang telah terkorban demi perjuangan PAS ini?

Adakah ini kehendak Islam yang sebenar atau nafsu mereka untuk memerintah?


No comments:

Post a Comment