Sunday, 7 April 2013

Presiden PKR Sebagai Boneka..

 
Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu.
Seorang demi seorang memberikan kenyataan yang bercanggah dan mempunyai agenda yang tersendiri.
 
Dua tiga hari ini, yang rancak dibicarakan adalah perihal sama ada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang masih samar-samar namanya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
 
Betapa sukarnya untuk menjadi diri seperti Kak Wan yang mempunyai jawatan paling besar dalam PKR, dan menjadi isteri kepada lelaki bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun Kak Wan mempunyai jawatan Presiden, hakikatnya beliau hanyalah boneka sahaja dalam parti.
 
Dirinya terlalu mudah untuk dibolak-balikkan oleh orang bawahannya apatah lagi suaminya sendiri.
Semua orang tahu, Kak Wan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bertanding tetapi, terpaksa dipendamkan hanya kerana ingin taat kepada suami yang rakus kepada kuasa.
 
 
 
Semakin lebur harapannya apabila Anwar dalam wawancara dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera menegaskan bahawa Kak Wan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.
 
Sebelum ini, Kak Wan mengumumkan pada media bahawa beliau mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sahaja. Tetapi, tidak dapat berbuat demikian selepas Anwar mengatakan tidak untuk keinginannya itu.
 
Lebih menyukarkan apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali yang juga Timbalannya dalam parti mengeluarkan kenyataan seolah-olah lebih berkuasa dari Kak Wan.
 
Kata Azmin, PKR lebih memerlukan khidmat Kak Wan terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat lebih besar iaitu menuju Putrajaya.
 
“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.
 
“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya,” kata Azmin.
 
Nampak jelas, itulah permainan Azmin sendiri. Tidak mahu Wan Azizah bertanding supaya mudah untuk merebut kuasa dari tampuk pemerintahan Kak Wan
.
Memang benarlah kata-kata ahli PKR sendiri, bahawa Kak Wan tidak berusaha memelihara maruah parti kerana tidak bertanding dalam PRU adalah benar.
 
Apakan daya, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Nak tak nak, terpaksalah Kak Wan taat dan mendengar cakap sahaja Anwar.
 
Nasib baiklah anak perempuannya, Nurul Izzah bangkit membuka mulut memberika sekata dua bingkas menolak kenyataan bapanya dan alasan Azmin yang meremehkan sumbangan Kak Wan.
Nasib juga Nurul Izzah memahami perasaan Kak Wan yang sering diperlekehkan sedemikian rupa hingga dikatakan tidak layak disenaraikan sebagai calon kerusi dewan undangan negeri dalam PRU kali ini.

No comments:

Post a Comment