Sunday, 21 April 2013

Lubang Kubur Untuk Siapa??

Mayat-Wanita-Dicuri-dari-kubur-untuk-‘Dinikahkan-di-Akhirat’
Memang kali ni UMNO/BN Kedah akan menempa SEJARAH baru. Sejarah yang tak pernah dibuat oleh UMNO/BN Kedah pada mana-mana PRU sebelum ni. Sejarah yang akan terpalit meninggalkan kesan yang pedih pada PAS, khususnya di Kedah.

PAS Kedah telah mengesahkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan pemimpin PKR kesayangan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, akan bertanding di Kedah pada PRU ke-13 kali ini.
 
Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang menentang tokoh UMNO Kedah, Datuk Othman Abdul, Mahfuz pula akan berentap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di Parlimen Pokok Sena.
 
Manakala adik Datuk Shahlan, Saifuddin akan menghadapi Ketua UMNO Bahagian, Datuk Aziz Syiekh Fadzir di Parlimen Kulim-Bandar Bharu.
 
Sebenarnya saya tidak sabar untuk menyaksikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Haram itu berentap dengan tokoh-tokoh UMNO/BN di Kedah. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah agaknya?
 
mat-sabu-syiah
Sejak dinafikan untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah dulu, Mat Sabu dari dulu teringin sangat nak bertanding di Kedah sekali lagi. Dia mahukan Pendang khabarnya disebabkan parlimen itu sangat “mesra” dengan fahaman Syi’ah.
 
Lagipun, beberapa kroni-kroninya di dalam PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Nasir Mustapha dan Dr. Ismail Salleh mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden PAS itu untuk bertanding di Kedah kali ini.
 
Khabarnya Mat Sabu akan dijadikan “cable” mereka untuk menggulingkan “boss” PAS Kedah yang serba tak tahu, Azizan Razak!
 
Hakikatnya, calon BN kali ini bukan calang-calang. Datuk Othman Abdul boleh dikategorikan sebagai “panglima perang” UMNO/BN yang disegani kawan dan lawan, khususnya di kampung halamannya di Pendang.
 
Sebut saja nama “Tok Man Bedoi”, orang PAS totok pun angkat ibu jari ke atas menandakan beliau adalah seorang pemimpin yang hebat, popular dan disukai rakyat.
 
Berbanding dengan Mat Sabu, dia hanyalah orang luar yang datang merempat di tempat orang! Apa jasa Mat Sabu di Pendang? Apa pahalanya di parlimen itu? Sebarkan fahaman Syi’ah, kah? Apa yang dia cari di Pendang? Normah ke-3 untuk dijadikan isteri?
 
Lagipun, orang PAS Pendang memang tolak Mat Sabu kecuali kroni-kroni Taulan Rasul yang dipercayai telah dipengaruhi Phahrolrazi dan konco-konconya. Golongan ulama PAS di Pendang memang tolak Mat Sabu disebabkan fahaman Syi’ahnya.
 
mahfuz bean
Mahfuz? Sudah lama orang Pokok Sena nak tolak dia ke longkang. Cakap saja lebih, tapi satu apa pun dia tak tahu buat. Tapi, dengan kehadiran Datuk Shahlan yang berhujah dengan berlandaskan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW, saya yakin Mahfuz akan tertiarap di parlimen itu kali ini.
 
Kalau setakat SRP tak lulus dan hanya berpengalaman mengendalikan beg-beg di lapangan terbang, rasanya lebih baik Mahfuz tarik diri saja sebagaimana yang dinasihatkan Tun Dr. Mahathir padanya. Bukan apa, buat malu orang Pokok Sena saja…
 
S
Saifuddin Nasution pula pernah bertanding di Padang Serai pada tahun 2004 tapi kalah ditangan calon BN, Lim Bee Kau, dengan majoriti BN melebihi 10,000 undi. Pada tahun 2008, orang Kedah itu lari ke Kelantan untuk bertanding di Machang, “mencuri” kerusi selamat PAS di sana.
 
Di Machang, dia menang dengan majoriti tipis sebanyak 1460 undi sahaja berdepan dengan Datuk Sazmi Miah. Dia menang dengan majoriti kurang dari 1,500 undi disaat UMNO/BN dilanda “tsunami” politik 2008? Memalukan sungguh!
 
Dan kini, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Haram tak tahu malu itu sah bertanding di Kedah. Mereka tak boleh lari lagi. Khabarnya, ketiga-tiga orang tak guna ini akan di“aqiqah” dan di“kenduri” beramai-ramai oleh orang Kedah pada 5 Mei ini.
 
Apa pun kita tunggu 5 Mei ini. Nak cakap mereka “confirm” kalah, nanti bunyinya macam orang PAS yang sifatnya lebih tahu dari pengetahuan Allah SWT. Tak pasal-pasal nanti saya dikafirkan sekali lagi oleh puak-puak penganut ajaran PAS itu..kan

No comments:

Post a Comment