Friday, 12 April 2013

Mustafa Ali Ganti Husham di Putrajaya

 
Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali akan menggantikan Datuk Husam Musa sebagai calon Pas kawasan Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Ke 13 oleh kerana popularitinya yang memuncak mendadak mengatasi popularti Datuk Husam yang diyakini akan lebih menjamin kemenangan Pas.

... Pertukaran ini juga dibuat oleh kerana Datuk Mustafa Ali dianggap sebagai seorang calon yang kekebalannya dan integritinya luar biasa kerana telah dapat survive melalui tiga era politik Melayu dan Islam dari sejak awal perjuangan kemerdekaan.

Beliau seorang nasionalis kiri bersama-sama dengan Dr. Burhanuddin Hilmi, Khatijah Sidek , Datuk Asri Haji Muda dan kemudiannya survive lagi bila Pas bertukar kepada pimpinan ulama.

Belau juga telah dapat menyesuaikan diri dengan kepimpinan PKR oleh kerana dianggap sebagai golongan ulama yang progresif dan dinamik dan dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi Menteri Agama dalam kabinet kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menakluki Putrajaya dalam masa tidak sampai sebulan lagi.

Nama Mustafa Ali telah menjadi popular dalam sekelip mata sejak malam tadi (11 Mac). Pemerhati-pemerhati politik mensifatkan populariti ini setanding dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun Pas belum membuat keputusan muktamad, tetapi sebahagian orang Kelantan yang diseludupkan ke Putrajaya oleh gerakan sokong Husam sejak beberapa tahun yang lalu telah pun beralih serta merta untuk menyokong Mustafa setelah mereka melihat video yang sangat menarik dan memahami kewajarannya menjadi popular.

Hingga tengah hari ini Pas dan Parti Keadilan belum membuat kenyataan rasmi mengenai perkara itu kerana sumber-sumber Pas memberitahu "kami masih berada dalam kejutan dengan populariti mendadak Mustafa Ali.

No comments:

Post a Comment