Saturday, 6 April 2013

BN Perlu Beri Laluan Kepada Ibrahim Ali - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa BN memberikan laluan kepada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bertanding dalam pilihan raya umum menggunakan tiket parti itu.

Beliau malah berikrar akan turun ke Kelantan bagi membantu memenangkan Ibrahim yang sebelum ini menggunakan lambang PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, Ibrahim menewaskan calon BN Ahmed Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Pada 2004 beliau bertanding sebagai calon bebas dalam pertembungan tiga penjuru dengan PAS dan BN tetapi tewas dengan undi paling rendah.

Calon PAS Ismail Noh menang dengan majoriti 1,251 undi dalam pilihan raya 2004

No comments:

Post a Comment