Saya masih ingat dulu ketika mana mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dikritik dan ditohmah Anwar Ibrahim yang mengatakan negarawan itu mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme ketika memegang jawatan nombor satu negara.
Tuduhan Anwar itu disambut pula dengan laungan takbir dari para penyokong PAS dan PKR yang ternganga mulut mendengar ceritera hikayat dongeng yang dicipta “tukang karut” itu. Terhangguk-hangguk kepala mereka bagaikan burung belatuk.
Padahal, ketika Tun Dr. Mahathir mentadbir negara ini, tidak ada seorang pun anak, isteri, adik beradik atau saudara maranya yang diangkat menjadi calon, pemimpin kanan kerajaan atau sebagainya. Malah Mokhzani dan Mukhriz sendiri pernah “dicantas” ayah mereka itu…
Peliknya kini laungan Anwar itu sudah terbalik 360 darjah.
Anwar dilantik menjadi Ketua Umum PKR tanpa sebarang pertandingan. Isterinya, Wan Azizah pula menjadi Presiden PKR. Anak sulungnya, Nurul Izzah pula berjawatan Naib Presiden PKR. Anaknya. Nurul Nuha pula dikatakan bakal dicalonkan.
Itu belum lagi disebut mengenai kroni-kroni “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, yang kini sedang mencantas ramai pemimpin PKR yang tidak sebulu dengannya. Antara yang dikatakan bakal menjadi mangsa ialah Khalid “Gagap” yang mungkin akan kehilangan kerusi Menteri Besar.
Di dalam DAP pula, “Dinasti Lim” sedang mengatur langkah untuk keluarganya di arena politik. Lim Kit Siang yang bertanding sejak 1969, mencatur kedudukan anaknya, Lim Guan Eng dan menantu, Betty Chew. Macam mana ahli DAP tak marah..?
Begitu juga dengan Karpal Singh yang cuba mempertahankan pengaruh keluarga di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu dengan mengetengahkan anak-anaknya, Gobind dan Jagdeep Singh. Mungkin dia mengharap untuk mengalahkan “Dinasti Lim”?
Terbaru, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat meletakkan nama anaknya, Nik Abduh, di kerusi Parlimen Rantau Panjang. Mungkin dia fikir pengaruhnya sebagai “nabi PAS” itu mampu menonjolkan anaknya yang selalu tersasul fatwa itu…
Khabarnya, penyandang Ahli Parlimen Rantau Panjang sekarang, Siti Zailah Yussof yang merupakan Ketua Dewan Muslimat telah dipindahkan untuk bertanding di Parlimen Jeli yang diwakili Menteri MITI, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Gila! Zailah tak mahu dipindahkan ke Jeli. Dia tahu dia tak mampu menewaskan Tok Pa di Jeli. Lagipun, dia belum sempat buat apa-apa jasa di Rantau Panjang dan kini dia nak dipindahkan ke kubu BN? Nik Aziz nak matikan karier politiknya secara halus, kah?
Apakah Nik Aziz menyedari anaknya Nik Abduh itu tidak cukup jantan untuk bertanding di Parlimen Tok Pa? Dan sekadar menghantar seorang wanita untuk dikorbankan bagi memenuhi kehendak nafsu kronisme dan nepotismenya?
Untuk makluman, semua nama-nama di atas khabarnya bakal dicalonkan oleh bapa dan suami masing-masing di DUN dan Parlimen pada PRU ke-13 ini nanti. Hebat bukan? Pakat-pakat mencalonkan keluarga sendiri? “Parti anak-beranak”kah ini?
Itu pun puak-puak Pakatan Haram tidak malu untuk bercakap soal kronisme dan nepotisme di atas pentas politik. Terhegeh-hegeh di atas pentas menabur tohmah pada pemimpin BN, walhal mereka sendiri melakukan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan.
Sebab itulah ramai rakyat yang “celik” menyifatkan para penyokong Pakatan Haram itu sebagai mereka yang “buta”. Orang buta pun tidak buta seperti mereka. Sanggup bertakbir tentang satu tohmahan, tapi mengutuk mereka yang benar. Tak “buta”kah begitu?
Itu belum lagi diceritakan bagaimana “anak-beranak” itu mengagih-agihkan dana parti menjelang PRU ke-13 ini. Kalau riuh rendah ketika waktu pemilihan parti dengan sampul surat tebal berisi, apatah lagi pada PRU, makin teruklah sampul “sedekah jariah” itu bertukar tangan, kan?
Apakah rakyat Malaysia mahu menyerahkan negara berdaulat ini kepada keluarga-keluarga “tidak sihat” itu? Keluarga-keluarga yang mengamalkan kronisme dan nepotisme itukah yang diharapkan memimpin kita? Nauzubillahi min zalik…
No comments:
Post a Comment