Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin yang pernah menerajui sebuah NGO dan menjadi anggota pentadbiran yang pernah dikritiknya sebelum ini, sepatutnya meletak jawatan daripada kabinet dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja NGOnya.
"Jika anda mahu mengkritik polis, jika anda mahu memberi komen negatif terhadap polis, sila letak jawatan dan terajui NGO sendiri. Jadilah pemimpin NGO... "Dalam hal ini, jangan ada di antara kita yang bersimpati dengan penjenayah," katanya tanpa menamakan sesiapa, dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini mengenai pencegahan jenayah.
Apabila ditanya dalam sidang akhbar kemudiannya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, Zahid menjawab, "Faham-fahamlah.
Akhirnya Menteri KDN berani beri kata dua kepada P. Waythamoorthy jika terus tidak puas hati dan tidak setuju dengan tindakan PDRM seharunya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri JPM dan jadi pemimpin NGO Hindraf kembali.Buat apa kerajaan simpan duri dalam daging seperti P.Waythamoorthy ini yang mana akhir memburukkan imej anggota keselamatan seperti PDRM.Syabas Menteri KDN kita!!
No comments:
Post a Comment