MELAKA –
Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap
sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.
Keenam-enam
mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi
anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.
Apabila
ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi
mendapatkan bekalan dadah mereka.
Pihak
berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks
dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti ‘pelanggan’ tidak
diketahui.
“Dan,
anak-anak gadis ini enggan memberitahu nama mereka,” kata Pengerusi Pembangunan
Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.
Beliau
percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi
secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.
“Kita
bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan
atau akses kepada kaedah pencegahan,” katanya.
Latipah
berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah
memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah
perdagangan seks.
Bapa gadis
yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di
Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya
dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih
dadah.
“Gadis itu
berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks
daripada teman lelakinya,” kata Latipah.
Siasatan
polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan
juga di rumah sejak Jun.
Latipah
berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.
Sumber
berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka
secara bersendirian yang mana ‘hasilnya’ tidak perlu dikongsi dengan orang
tengah dan bapa ayam.
“Mereka
menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial,” kata satu
sumber.
“Kebanyakan
mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka,”
katanya.
“Ada juga
yang melakukannya di lorong-lorong belakang.” – SUMBER
No comments:
Post a Comment