Sunday, 18 August 2013

PAS Buat Collection Apa Lagi Ni... Tak Sudah-sudah


 Bagaikan berdoa agar ada musibah yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, PAS menjadikan setiap musibah sebagaii cara menambah pendapatan dan kemasyhuran di kalangan pengikut-pengikut fanatik yang mencari jalan pintas masuk syurga.

Beria-ia mereka menyokong tunjuk perasaan yang telah mengorbankan lebih seribu orang di Mesir atas nama Ikhwanul Muslimin. Konsepnya sama seperti di Malaysia, sokong Ikhwanul Muslimin, samalah seperti menyokong Islam dan keadilan Islam. Ikhwanul Muslimin ditanggapi sebagai penyelamat umat dan akidah umat Islam di Mesir.

Dan seperti biasa, kalau sudah suka, maka gambaran yang indah-indah pun diberikan kepada Ikhwanul Muslimin terutama sekali kepada Presiden Morsi yang telah digulingkan oleh tentera Mesir.

Apa yang berlaku di Mesir, sememangnya adalah satu bentuk kekejaman dan permainan kuasa-kuasa besar dunia yang melestarikan keberadaan dan survival Zionis dan negara haram Israel yang terletak di bucu negara-negara Arab. Dan negara-negara Arab semenjak dari zaman Jahiliyyah lagi, tidak pernah bersatu. Malah walaupun setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan para Sahabat r.a, negara-negara atau jazirah-jazirah tersebut tidak pernah bersatu.

Islam tidak pernah menyatukan umat Arab. Itu adalah hakikat yang perlu diterima. Bahkan Islam telah dipergunakan oleh Arab untuk membentuk pelbagai Empayar yang saling serang-menyerang dan berbunuhan sesama sendiri. Ditambah pula dengan kehadiran Khawarij dan Syiah serta seribu satu macam bidaah dan taghut di kalangan kaum Arab, menjadikan mereka sebagai kaum yang paling banyak ditimpa bala bencana semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Dan sejujurnya, kalau bukan kerana Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat r.a, Arab dan Bani Israel tidak mungkin dapat dibezakan antara satu sama lain.

Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada bangsa Arab terutama al Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab, langsung tidak dinilai dan dihargai. Mereka tetap berpuak-puak dan sentiasa memandang rendah bangsa lain yang menganut Islam tetapi amat menyanjungi bangsa kulit putih bermata biru.

Bala bencana yang berlaku di negara-negara Arab sekarang ini tiada lain, melainkan disebabkan perbuatan mereka sendiri. Dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala, tidak hanya meliputi atau terkena kepada golongan yang zalim di kalangan mereka, bahkan merata sehingga melibatkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan!

Sebahagian pemimpin PAS yang mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan Islam, tidak pernah menjadikan pengajaran yang sedang Allah Taala tunjukkan kepada umat Islam di sebuah negara aman seperti Malaysia, sebagai teladan. Sebaliknya, lain pula yang mereka titik beratkan.

Bencana yang sedang menimpa rakyat Syria terutama di kalangan umat Sunnah Wal Jamaah dan masyarakat awam Mesir yang sedang berperang dengan tentera serta polis mereka sendiri, cuba dijadikan oleh PAS sebagai modal untuk mengutip derma.

Masa kekejaman Israel di Palestin, PAS usung tin milo ke sana ke mari. Buat munajat dan kemudian diedarkan tin-tin milo dan tong-tong minyak untuk diisi duit hadirin.

Nampaknya, perkara yang sama juga sedang dilakukan. Bila cerita panas tentang Mesir dimainkan oleh media-media, PAS sudah pun menggerakkan tabung dermanya.

Anehnya, ramai pengikut PAS yang terpaksa menyembah kepala lutut para pemimpin UMNO kerana kemiskinan yang sedang dialami. Ramai umat Islam di negara ini yang tidak terbela. Sedangkan PAS pula merupakan parti siasah yang menagih undi dan pengaruh daripada umat Islam di Malaysia.

Mengapa agaknya PAS tidak menyalurkan segera semua derma yang dipungut kepada umat Islam di negara ini sebaliknnya tersangat sibuk menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, kononnya sebagai kerajaan, warga miskin dan marhein tidak dibela?

Bukankah perkara paling asas yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat baginda dalam hal habluminannas ialah, tidak membiarkan jiran kelaparan dan keutamaan sedekah adalah kepada kaum kerabat serta keutamaan daripada segala keutamaan selain Allah Taala dan Rasul-Nya adalah ibu bapa?

Tidakkah itu memberi makna yang sangat mendalam?

No comments:

Post a Comment