Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata jawatan seperti naib presiden Umno lebih sesuai disandang oleh menteri persekutuan kerana portfolio mereka meliputi seluruh negara.
Jika tidak bertanding pun menteri besar atau ketua menteri masih berpeluang dilantik ke MT, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Mustapha juga berpandangan menteri besar dan ketua menteri sepatutnya menumpukan usaha memperkukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing bagi memastikan kerajaan BN kekalkan pada pilihan raya akan datang.
"Banyak perkara yang perlu dimuhasabah...untuk membetulkan kesilapan yang berlaku. Jangan kerana Sabah dan Kedah Umno cemerlang maka kita lupa matlamat untuk menawan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment