"Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam, BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean."
Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.
Semalam juga lebih kurang jam 10:45 pagi sehingga 12:50 tengah hari, bertempat di Surau Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, telah diadakan lawatan dan tinjauan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Lebih kurang 20 orang telah hadir.
Antara mereka termasuklah:
(1) Dato' Mohd Noh bin Gadut - Penasihat Agama Negeri Johor.
(2) Dato' Tahrir bin Hj. Shamsuddin - Mufti Negeri Johor
(3) Taufik bin Kiai Hj. Shamsuddin - Kadi Daerah Kota Tinggi
(4) Hj. Mohd Noorazam bin Dato' Hj. Osman - Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Lawatan dan tinjauan yang dibuat oleh ketiga-tiga jabatan itu adalah untuk mengenalpasti isu surau yang menjadi kontroversi dan digunakan oleh penganut Buddha. Hasil daripada tinjauan oleh ketiga-tiga pihak tersebut mendapati, surau yang digunakan, tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.
Selain itu setelah diukur arah surau tersebut Pej Agama Isalam Johor, didapati kedudukan kiblatnyaa telah terpesong sebanyak 12.5 darjah. Kalimah Syahadah yang tidak mengikut dan menepati tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad s.a.w dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort. Difahamkan nama Nabi Muhammad turut dilingkari dengan nama pemilik resort itu sendiri, Syed Ahmad.
JAIJ turut menurunkan papantanda kalimah Syahadat, salahsilah keluarga dan nama surau Tanjung Sutera Resort tersebut. Manakala pemilik merangkap pengurus resort berkenaan, SYED AHMAD ALKAFF telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.
Dikhabarkan pemilik resort berkenaan begitu angkuh dan sombong dengan penduduk kampong tersebut, hingga mana penduduk kampong langsung tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan resort tersebut. Memang patut kena tangkup pun kalau dah macam ni. Dah la duduk di muka bumi Malaysia, tak sedar diri.
14 orang Cina penganut Buddha tersebut merupakan rakyat dan pelancong dari Singapura.
Terkini dikhabarkan surau tersebut bakal dirobohkan, ini kerana didapati terpesong dari arah kiblat sebenar. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedili Besar bersama-sama penduduk telah bertindak menghalau 14 orang Cina Buddha tersebut keluar dari surau sebaik-baik menyedari kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment