Anwar mampu mempunyai pengawal peribadi yang ramai serta mampu pula keluar negara berpuluh kali setahun. Ketika beliau di penjara,anak-anaknya masih ramai yang sedang belajar.Ramai di antara mereka pula belajar di luar negara.Pendek kata,kemewahan Anwar boleh dikatakan mengatasi Perdana Menteri memandangkan beliau tidak lagi mendapat kemudahan dari kerajaan.
Kemewahan Anwar membuatkan pembangkang tidak berhak menjadikan isu ‘pemimpin BN hidup mewah’ sebagai salah satu peluru untuk menembak kerajaan.Apatah lagi dengan perkembangan terbaru melalui surat-surat layang yang mendedahkan transaksi kewangan Anwar. Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.Jika selama ini kita tertanya-tanya berapa agaknya kos guaman Anwar maka kini kita sudah mendapat gambarannya iaitu mencapai angka RM50 juta.
Jumlah ini amat munasabah memandangkan sebahagian besar hidup Anwar adalah meliputi kes-kes mahkamah dari kes liwat,salahguna kuasa,video seks serta fitnah. Pastinya,siapa saja yang menulisnya mempunyai akses kepada data peribadi Anwar dan jika Anwar menyaman mereka ini samalah seperti beliau menjerat diri sendiri. Justeru,Anwar memilih untuk bermain wayang iaitu ingin menyaman pihak yang melaporkannya dan bukannya mencari atau menyaman pihak yang menulisnya. Apapun,tindakan menyaman sesiapa tidak akan mampu menghapuskan kemusykilan rakyat.Jika kos guaman sahaja sudah menjangkau sebegitu banyak,tidak termasuk tanggungan dan kos sara hidup yang mewah dengan aktiviti-aktiviti politik yang melangkaui sempadan negara,maka berapa banyakkah sebenarnya harta Anwar Ibrahim sekeluarga ???
Sebelum ini,terdapat pendedahan dari berbagai pihak tentang bagaimana Anwar menyalahguna kuasa Menteri Kewangan ke atas Bank Negara.Selain itu,terdapat juga pendedahan bagaimana Wan Azizah turut menerima sejumlah wang dari Estrada iaitu bekas Presiden Filipina bagi membantu aktiviti politik Keadilan dan pembebasan Anwar tetapi khabarnya tidak sesen pun dari wang itu masuk ke parti.Kita juga tidak lupa tentang pendedahan bagaimana wang diterima melalui Thailand dari pihak-pihak tertentu di luar negara yang ingin meletakkan Anwar sebagai pemimpin boneka. Oleh itu, dengan melihat dari kemewahan Anwar,rasanya tidak salah jika rakyat menganggap semua pendedahan di atas sebagai benar belaka
No comments:
Post a Comment