KUALA LUMPUR 18 Ogos- Lebih 50,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka yang diadakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines, Sri Kembangan di sini setakat jam 12.00 tengahari.
Tinjauan Rakyat News mendapati orang ramai dari pelbagai lapisan kaum termasuk pelancong asing berpusu-pusu untuk meraikan Aidilfitri bersama pemimpin yang mmeperkenalkan Malaysia ke mata dunia.
Turut hadir ke majlis Rumah Terbuka tersebut adalah anak kepada Tun Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Majlis aidilfitri itu diadakan di kediaman Tun Mahathir di 58, Jalan Kuda Emas, The Mines, Seri Kembangan.
Ini membuktikan Tun masih disanjungi, masih disayangi dan masih dihormati kawan dan lawan.
Rumah terbuka itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan akan bersambung semula pada jam 3 hingga 5 petang.
No comments:
Post a Comment