Menariknya, golongan ini kurang berpelajaran. Mereka amat getik dan takut dengan golongan berpelajaran. Selagi boleh, mereka akan mencantas dan berusaha mematikan mana-mana ahli UMNO yang berpotensi untuk menghumban mereka turun dari kuasa. Ada sesetengah daripada mereka hanya mempunyai kelulusan setakat SPM, malah yang hanya belajar setakat SRP juga ada. Lebih teruk lagi, ada juga Ketua Cawangan yang hanya belajar setakat Darjah 6!
Dalam kepala otak mereka ini, tidak ada benda lain yang mereka fikirkan kecuali PROJEK!
Bagi mereka, UMNO adalah PROJEK dan PROJEK adalah UMNO. Sekaligus menimbulkan persepsi awam bahawa di dalam UMNO sekarang ini, dipenuhi dengan golongan kontraktor yang menanti peluang untuk sapu projek. Bila mereka tidak dapat projek yang dihajatkan, mereka mengambil keputusan untuk menyertai PAS atau PKR.
Masa di dalam UMNO, nak keluarkan duit untuk parti, mengalahkan si bakhil dengan dinar emasnya. Tetapi apabila masuk PKR atau PAS, jangankan duit, bulu kemaluan pun mereka sanggup hadiahkan kepada parti. Kononnya untuk perjuangan walaupun hakikatnya, ia adalah sebagai tanda marah dan sakit hati kepada UMNO kerana tidak menganugerahkan projek kepada mereka.
Ada juga sesetengah Ketua Bahagian yang mendapat peruntukan Pilihanraya tetapi tidak digunakan. Sebaliknya peruntukan tersebut digunakan untuk pemilihan UMNO. Atau dengan kata-kata lain, yang lebih dipentingkan adalah kedudukanya dalam UMNO, bukannya kedudukan UMNO dalam politik negara.
Orang seperti ini sanggup melihat UMNO binasa berbanding dirinya tidak memegang jawatan dalam UMNO. Perhatikan sahajalah bagaimana keadaan mereka sewaktu Pilihanraya Umum berbanding aktifnya mereka semasa pemilihan jawatan UMNO. Bezanya seperti langit dengan bumi!
Barah seperti ini harus dihapuskan terlebih dahulu. Membetulkan kepimpinan, perlu bermula dari bawah. Kalau kepimpinan bawahan sudah pun caca merba, didatangkan Imam Mahdi untuk memimpin UMNO sekalipun, UMNO tidak akan dapat bertahan lama... TERUSKAN BACAAN DI PERAK TODAY. - The Flying Kick

No comments:
Post a Comment