Sunday, 4 August 2013

Tun M Mahu Najib Razak Berundur??


 "Melayu Mudah Lupa"

Ayahnda Tun Dr Mahathir sememangnya merupakan pemimpin yang begitu banyak memperkatakan tentang Melayu. Kata kata Tun Dr Mahathir "Melayu Mudah Lupa" menjadi ingatan kita semua sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali Tun Dr Mahathir apatah lagi selepas beliau bersara dari arena politik Tanah air dengan mengkritik Yahudi yang menindas umat Islam Palestin. Pendek kata kekaguman kita kepada Ayahnda Tun Dr Mahathir tidak akan luput walau pun ditelan zaman.

Waktu ini hebat dibicarakan dilaman media social bahawa Tun Mahathir tidak mahu Dato Sri najib Razak menerajui lagi kepimpinan UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Suara suara sumbang semakin kuat kendengaran apatah lagi ada kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri ini dilihat menyerang Dato Sri Najib Tun Razak. Apakah ianya benar? Apakah sekali lagi Tun Mahathir melakukan pekara yang sama sepertimana beliau melakukannya dahulu ke atas Tun Abdullah Badawi yang juga mantan Perdana Menteri sebelum Najib Razak?

Malam tadi saya berkesempatan duduk bersama dengan beberapa orang ahli Kelab Che Det kelab yang mana memperjuangkan Ayahnda Tun Dr Mahathir sejak sekian lama. Dan didalam majlis berbuka puasa Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein itu juga penulis Chulan yang mana mengemparkan arena media social dengan artikel "Kalau Pemimpin Bersin Pun Ahli UMNO Akan Tepuk Tangan" hasil perjumpaan Kelab Che Det dengan Ayahnda Tun Mahathir minggu lalu.

Benar memang Tun Mahathir mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib yang dilihat terlalu lembut apatah lagi membiarkan beberapa pekara dan tindakan dilakukan tanpa mengira kesan jangka masa panjang. Menurut Chulan Tun Mahathir bukanlah benci mahupun tidak suka kepada Najib Razak tetapi Tun mahathir cukup sayang dengan Najib Razak. Masakan tidak sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri Tun Mahathir keluar UMNO dan Najib Razak lah yang membawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan UMNO.

Dari hasil yang saya perolehi dari kenyataan ahli Kelab Che Det jelas sebenarnya Tun Mahathir cukup sayang dan mahu lihat Dato Sri Najib terus memimpin UMNO selaku Presiden parti. Tun Mahathir tahu Najib Razak yang selama ini bertungkus lumus untuk memenangkan Barisan Nasional walaupun dikhianat oleh para pengundi Cina sepertimana keputusan PRU 13 yang lalu. Tun Mahathir sedar jika Najib Razak tidak dikekalkan selaku Presiden parti UMNO akan terus diancam bahaya sama ada dari dalam parti mahupun serangan dari luar.

Kepimpinan Dato Sri Najib hari ini cukup luar biasa berbanding Pak Lah kerana Ayahnda Tun Mahathir melihat apa yang dilakukan oleh Najib Razak hari ini banyak yang berhubung kait dengan kealpaan Pak Lah sewaktu menjadi mantan Perdana Menteri. Cina tidak lagi menjadi save deposit buat Barisan Nasional dan ini menyukarkan Najib Razak untuk menang 2/3 pada PRU 13 yang lalu.

Saya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam pekara ini kerana saya juga merupakan peminat Tun Dr Mahathir. Namun saya juga tidak boleh melupakan sejarah yang mana punca segala kekusutan dan kegagalan Barisan Nasional memperolehi 2/3 adalah kerana Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Kesilapan Terbesar Ayahnda Tun Mahathir adalah
memungut Anwar Ibrahim ditepi jalan dan menjadikan Anwar Ibrahim
Si Rakus yang merosakan Negara

 
 Saya cukup yakin Tun Mahathir waktu ini juga memikirkan dan mengakui kesilapan yang beliau telah lakukan sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri.
 
Jika tidak kerana kegopohan Tun Dr Mahathir yang takut dengan undi orang Melayu dengan melakukan pensempadanan semula kawasan parlimen selepas PRU 10 tahun 1999 tidak mungkin Cina dapat besar kepala sepertimana waktu ini.
 
Semua rakyat tahu bahawa gelombang Anwar Ibrahim yang membawa Melayu bangkit menentang Barisan Nasional telah menjadikan Tun Mahathir takut dengan undi orang Melayu.
 
Justeru itu selepas tahun 1999 SPR melakukan persempadanan semula kawasan Parlimen yang memberikan kelebihan buat bangsa Cina dimajoriti parlimen yang ada. Tun mahathir waktu itu percaya bahawa undi Cina akan terus kekal kepada Barisan Nasional walaupun sejarah telah membuktikan pada tahun 1969 kaum Cina menjadi besar kepala dengan kemenangan mereka di sekitar Lembah Klang.

Atas kegopohan Tun Mahathir ini kesan tersebut berlanjutan sehingga kepada pentadbiran Dato Sri Najib Razak dan menjadi tanggungjawap Najib Razak untuk mendapatkan 2/3 Majoriti Parlimen bagi memberi mandat persempadanan semula dilakukan demi menyelamatkan "SURVIVAL MELAYU". Tun Mahathir sedar apa yang dilakukan oleh Najib Razak sewaktu kempen PRU 13 lepas yang mana kaum Cina dilihat lebih mendapat perhatian Najib Razak kerana Tun Mahathir sendiri tahu Melayu akan menyokong Barisan Nasional namun tanpa undi kaum Cina tidak akan memastikan BN berjaya mendapat 2/3 majoriti Parlimen. Dan saya katakan Tun Mahathir sendiri menyokong usaha gigih yang dilakukan oleh Najib Razak dalam pekara ini.

Malang kepada Najib Razak apabila keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan kaum Cina menolak Barisan Nasional secara total. Tun Mahathir pula tidak mampu berkata apa apa melainkan setuju kaum Cina amat racist kerana menolak Barisan Nasional yang dipimpin oleh orang Melayu. Apakah ianya salah Najib Razak? Adakah Tun Mahathir yang bersalah?

Usaha Najib Razak dalam memastikan Melayu menjadi kuasa utama dalam pentadbiran kerajaan berterusan dengan bermacam macam Tranformasi yang beliau lakukan. Tidak dinafikan ada juga cacat celanya apa yang dilakukan Najib Razak terutama melantik Omar Ong sebagai penasihat beliau. Namun kita semua harus sedar bahawa usaha yang dilakukan oleh Najib Razak adalah kerana mahu menyelamatkan Malaysia daripada puak puak Couvenis yang dirasuk kegilaan oleh Anwar Ibrahim.

Gendang dipalu oleh pihak pihak tertentu yang mahukan Najib Razak berundur. Gelombang tersebut juga seakan aliran elektrik yang menusuk jiwa orang Melayu khusunya bahawa Najib Razak bukan Melayu tetapi Cina. Semakin hampir pemilihan UMNO semakin kuat gelombang tersebut sehinggakan ada orang Melayu yang lupa bahawa jika tidak kerana Najib Razak mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Badawi sudah pasti PRU 13 lalu bangsa Melayu kini sudah menjadi pengemis kepada DAP dan PKR.
Ayahnda Tun Mahathir percaya akan kepimpinan Dato Sri Najib Razak

Tun Mahathir tahu beliau punca semua yang berlaku, Tun Mahathir tahu Najib Razak mampu untuk menjaga orang Melayu dan Tun Mahathir tahu tanpa Najib Razak maka UMNO akan dilanda badai dan akan menjejaskan keseluruhan orang Melayu yang ada. Tun Mahathir sedar bahawa kerana beliau maka lahirnya Anwar Ibrahim yang rakus berkuasa, Cina menjadi besar kepala dan Tsunami Cina melanda Barisan Nasional.

Saya akan kupas beberapa pekara mengenai apa yang dilakukan waktu ini oleh pihak pihak yang mahukan Najib Razak berundur daripada Presiden Parti UMNO dan jawatan Perdana Menteri. Mungkin kita sedar mungkin kita tidak sedar tetapi itulah UMNO yang hanya gah dalam pemilihan jawatan berebut kuasa sejak zaman Tun Dr Mahathirdan Tengku Razaleigh lagi.

Tq ; Malay Rights

No comments:

Post a Comment