KOTA KINABALU 14 Ogos - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman digesa untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO ekoran rekod cemerlang yang ditunjukkan dalam kepimpinannya didalam kerajaan dan parti.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri yahya Hussin berkata, Musa perlu bertanding jawatan lebih tinggi daripada Majlis Tertinggi yang disandangnya kini.
"Tetapi kali ini, jika beliau memutuskan untuk bertanding jawatan itu (naib presiden), saya akan memberi sokongan penuh," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Musa sehingga kini walaubagaimanapun masih belum memutuskan jawatan yang ingin ditandinginya pada pemilihan parti yang akan dilakukan nanti.
Pendapat sama turut dikongsi oleh Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Salleh Said Keruak selepas Musa berjaya membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN)- UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Katanya, Musa mendapat sokongan kuat daripada pemimpin ngeri termasuk di Sipatang, Tawau, Beluran, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Papar menjadikan dirinya sesuai bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO.
No comments:
Post a Comment