Wednesday, 14 August 2013

Menteri Yang Menjadi Liabiti Pada BN, Patut Digugurkan??


Pada ketika Tun M mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana ahli keluarganya mencari projek di seluruh Kedah walaupun hanya sekadar projek Kelas F, lain pula ceritanya bagi seorang menteri yang acapkali mempamerkan gelagat yang tidak bertaraf Menteri, sebaliknya lebih kepada seorang 'maharaja kecil' yang berbuat sekehendak hati.

Menteri tersebut adalah Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas selama beberapa penggal tetapi Padang Rengas tidak pernah membangun atau mempunyai daya tarikan pelancongan meskipun sekarang ini Ahli Parlimennya adalah Menteri Pelancongan.

Laman sesawang rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memaparkan dengan jelas nama NEDIM BIN NAZRI AZIZ, yang merupakan antara figura anak orang kenamaan yang cukup terkenal dengan gaya kehidupan flamboyant.
Dulu ingat lagi Nazri Aziz balun Tun M kau-kau punya. Macam hina sangat Tun M di mata Nazri Aziz. Tapi mungkin Nazri Aziz lupa yang Tun M jugalah yang pungut dia dulu hingga sekarang mampu jadi Menteri, hidup senang lenang. Sampai kiamat pun belum tentu harta habis dimakan nya.

 Apakah Nazri Aziz sudah tidak percaya dengan mana-mana orang lain sehingga perlu melantik anaknya sendiri sebagai Pegawai Khas? Mengapa Nazri Aziz tidak melantik suku-sakat, saudara-mara, ipar-duai, biras-besan mahupun menantu-mertua sebagai Pegawai Khasnya? Mengapa pula tidak dijadikan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai Kementerian Nazri Aziz Anak-Beranak dan Keluarga?

Pada ketika Nik Abdul Aziz diserang kerana anak dan menantu, Hadi Awang disergah kerana menantu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang ditempelak kerana anak dan menantu serta Anwar Ibrahim diperlekehkan kerana isteri dan anak ketika mereka sedang berkuasa, tiba-tiba pula, Nazri Aziz turut serta dalam perangai KRONISME dan NEPOTISME itu.

Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh Nazri Aziz menerusi perlantikan anaknya sendiri sebagai Pegawai Khas untuk dirinya?

Ramai yang nak sangat tahu nih... jangan pula kata, "I MENTERI, YOU TAHU APA!"

BACA JUGA CUCU TOK SELAMPIT

No comments:

Post a Comment