Friday, 23 August 2013

Pak Lah Masih Berdendam Dengan Tun M??

Penulis hampir terlepas pandang isu buku yang menjadi kontroversi iaitu "Awakening", yang dikatakan mampu mengganggu kemeriahan Hari Raya.....
Tetapi, setelah membaca dan "mengorek-ngorek" ceritanya, inilah dimaklumkan bahawa buku itu tidak menjadi gangguan langsung, malah tidak membawa apa-apa makna atau perubahan pun kepada rakyat Malaysia.
Pak Lah berdendam dengan Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang baru kita dengar......
Begitu juga dengan hakikat bahawa Bridget Welsh dan James Chin yang menjadi pengarang buku tersebut, kerana kedua-dua mereka ini memang kerjanya membantai UMNO setiap hari.   
Berita bahawa Nurul Izzah dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum bahawa Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya sememangnya meletakkan sebelah kaki di dalam Pakatan Pembangkang, sementara sebelah lagi di dalam UMNO sebagai "jaminan".


Justeru, apa yang dikatakan "kontroversi" di dalam buku tersebut bukanlah kontroversi pun, tetapi sekadar usaha mencipta publisiti oleh para penulisnya, selain usaha beberapa pihak untuk mengucar-kacirkan UMNO dan mungkin juga usaha beberapa pihak lain untuk memenuhi "keperluan hidup" mereka untuk terus menghentam Tun Mahathir.
Apapun jua motifnya, UMNO wajar bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas satu lagi pengajaran, atau mungkin lebih tepat,"ulangkaji pelajaran".  Dari apa yang penulis lihat, buku 'Awakening' seharusnya membantu menyedarkan UMNO mengenai kewujudan musuh dalam selimut...!
Berapa kali UMNO perlu "diajar" ?
Pembabitan Singapura, hakikat bahawa para penulis buku tersebut punya hubungan dengan SUARAM dan bahawa Pakatan Pembangkang terlebih 'mesra' dengan Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya, dan bahawa kesemua mereka menentang seorang individu iaitu Tun Mahathir - sepatutnya sudah mampu menyedarkan UMNO.

Baca seterusnya di sini : http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/08/pak-lah-masih-berdendam-dengan-tun-dr.html

No comments:

Post a Comment