Wednesday 10 July 2013

Rumah MP Pembangkang Kena Rompak Pun Salah Polis Juga Ka??

Post Pic
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyokong agar satu akta baru digubal bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) demi  memastikan keselamatan rakyat terjamin.
 
Katanya, sejak Ordinans Darurat dimansuhkan September tahun lalu, beliau gusar dengan keselamatan negara terutamanya kadar jenayah yang berlaku hari ini.
 
"Kita perlukannya. Kita perlu rancang satu akta baru untuk menggantikan EO. Selepas EO dimansuhkan, apa yang dirisaukan adalah kejadian sekeliling kita,
 
"Kerajaan perlu lakukan sesuatu berhubung perkara ini," katanya kepad pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Tengku Adnan juga membidas pemimpin pembangkang yang dakwanya menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.
 
"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya. 
 
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menggubal undang-undang baru bagi menggantikan EO dan Akta Kediaman Terhad berikutan peningkatan kadar jenayah dalam negara.
 
Bagaimanapun gesaan Zahid itu disambut dengan pelbagai bantahan khususnya daripada pembangkang, termasuk daripda Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam).
 
Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata perkara itu akan diberi sepenuh perhatian dan dibincang lanjut oleh kabinet.
 
Jangan sampai penjenayah pergi rumah pembangkang
 
Sementara itu, pada sidang Parlimen, ditanya berhubung rancangan untuk menggubal EO,  Ahmad  Zahid berkata perkara itu akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan semua pihak.
 
"EO mungkin ada ikut persetujuan semua," katanya.
 
Beliau sehubungan itu menyeru agar ahli parlimen pembangkang turut menyokong usaha menggantikan Ordinan Darurat dengan undang-undang baru untuk mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa penjenayah.
 
“Jangan sampai penjenayah yang buta warna (politik) ini pergi rumah Shah Alam (Khalid Samad) dan Gombak (Azmin Ali),” katanya ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
Azmin  Ali (PKR - Gombak) ketika mengemukakan soalan sebelum itu turut membangkitkan mengenai kes rompakan melibatkan kediaman seorang menteri kabinet, Khairy Jamaluddin, pada akhir bulan lalu.
 
Khairy yang mendengar namanya disebut terus tampil dengan berkata bahawa kejadian jenayah bukan satu persepsi tetapi adalah masalah yang nyata.
 
"EO telah dibatalkan tapi kita mahu EO diganti dengan akta lain. Kita minta persetujuan semua sebab dari segi penangkapan yang berlaku sekarang ini, penjenayah yang ditangkap ialah bekas penjenayah yang dilepaskan oleh EO. Ini realiti," kata Ahmad Zahid. 
 
Khalid Samad pula, yang disebut oleh Zahid dalam ucapan berkenaan turut bangun dan mendakwa kata-kata itu merupakan satu ugutan kepada ahli parlimen pembangkang.
 
Ahmad Zahid pada 4 Julai lalu menyatakan bahawa kementeriannya sedang merangka draf undang-undang baru bagi menggantikan EO.
 
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan pasukan polis sebelum itu, yang mengaitkan peningkatan kadar jenayah berat dengan pembebasan lebih 2,600 tahanan bawah EO selepas undang-undang tersebut dimansuhkan pada 2011

No comments:

Post a Comment