Wednesday 10 July 2013

DAP Semakin Biadap!! Minta Tamdun Islam Dihapuskan..

Kementerian Pendidikan digesa supaya menarik balik Tamadun Islam daripada menjadi subjek wajib kepada pelajar universiti swasta, kata Ahli Parlimen DAP Dr Ko Chung Sen hari ini kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada pelajar.
 
Ahli Parlimen Kampar tersebut berkata tidak ada satu pun universiti dalam dunia yang mewajibkan subjek berkaitan agama sebagai wajib untuk dipelajari.
 
"Jika kamu lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya.
 
"Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia?" kata Dr Ko yang mempersoalkan subjek Tamadun Islam di universiti-universiti tempatan dan kini pula diwajibkan kepada pelajar swasta. - 11 Julai, 2013.



No comments:

Post a Comment