Saturday 20 July 2013

Rahman Dahlan Belasah Tony Pua


Datuk Abdul Rahman Dahlan,Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggap kecaman Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan,Tony Pua terhadap dirinya sebagai usaha membodek bossnya,Lim Guan Eng,Setiausaha Agung DAP.
“YB (Tony Pua), kejahilan anda isu ini boleh difahami tetapi saya mesti mengatakan bahawa ritual harian anda adalah untuk membela bos lagenda anda Lim Guan Eng,” kata Rahman dalam tweet beliau hari ini.Abdul Rahman berkata demikian ketika mengulas kecaman Tony yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara yang telah menuduhnya sebagai ‘ekstrim’ apabila mempertahankan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah. 
 “Lim Guan Eng melabel saya sebagai seorang yang bersifat perkauman dan pelampau? Betul ke? Adakah ini orang yang sama yang pernah menipu masyarakat India di Kampung Buah Pala?,”katanya lagi. Bidasan balas Abdul Rahman yang ditujukan kepada Tony Pua itu menyebabkan mereka saling membalas hujah.
ANDA NAK LIHAT TWITTER PENUH ???


UNTUK SELANJUTNYA

No comments:

Post a Comment