Saturday 20 July 2013

Cina BN Sudah Bersatu, Melayu Bila Lagi??

 Hari ini kebanyakkan dada akbar memetik kenyataan Pemangku Presiden Gerkaan bahawa parti komponan Cina dalam BN sedang berbincang untuk bergabung.. MCA, GERAKAN dan SUPP telah berbincang untuk mencari jalan bergabung. Penggabungan ini kelak membuatkan suara masyarakat Cina dalam BN makin kuat. Dan sekaligus akan menjadi kumpulan pendesak dalam BN. Ini merupakan isyarat jelas bahawa Cina inginkan perubahan dalam landskap politik negara sekali gus berhajat dan bercita-cita dalam politik.

Jika hasrat ini menjadi realiti, maka ia menjadi tamparan hebat kepada orang Melayu yang masih berpecah. UMNO yang mewakili kepentingan orang Melayu perlu sedar akan hal ini. Begitu juga hal nya dengan PAS. PAS tidak boleh hanya menjadi pak turut dan kuda tunggangan kepada PKR dan DAP dalam mencapai cita-cita politik mereka. 

Sebelum idea dan cadangan parti komponan Cina BN ini menjadi realiti, UMNO dan PAS harus sedar dan mula memikirkan jalan untuk bersatu. Memang sukar untuk bersatu, tetapi sepatutunya pemimpin UMNO dan PAS perlu memikirkan nasib bangsa Melayu pada masa akan datang.

Benar Melayu adalah meakini lebih 50% dalam kependudukan negara kita, tetapi hakikatnya kini, Melayu diracik kepada 3, ini menjadikan Melayu sebagai minoriti dalam politik. Untuk kesepatan dan penyatuan ini memerlukan tokoh yang dihormati oleh UMNO dan di senangi oleh PAS untuk berbincang mengenai penyatuan Melayu ini.

Perbincangan untuk memajukan politik Melayu ini perlu menjadi realiti, bukan lagi fantasi jika tidak mahu kuasa politik Melayu dihakis. Sudah menjadi adat resam dunia, apabila kita menginginkan sesuatu, kita terpaksa melepaskan sesuatu.. Oleh yang demikian, parti UMNO dan PAS perlu bersedia dengan segala kemungkinan untuk menuju ke arah penyatuan Melayu.

Ngo-ngo Melayu seperti Perkasa, Pekida, Pesaka dan pelbagai Ngo lain telah lama berasimilasi antara PAS dan UMNO. Kini tiba masa untuk Melayu serius untuk bersatu demi kepentingan umat Melayu..


No comments:

Post a Comment