Wednesday 17 July 2013

Ahmad Maslan Sangkal Anwar Menteri Kewangan Paling Baik

alt


KUALA LUMPUR 16 Julai - Dakwaan pembangkang mengatakan pentadbiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan lebih baik dari pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sungguhpun menteri Kewangan kini menaikkan bajet tambahan sebanyak dua kali untuk bebrapa tahun lepas, ianya lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Anwar sebelum 1997.

"Sebelum itu kita bercerita, 2009 Pekan (Najib) adakan dua kali tambahan (bajet), tahun 2010 dua kali, tahun 2011 dua kali, tahun 2012 dua kali.

"... pada 1991 empat kali bajet tambahan sewaktu Permatang Pauh (Anwar) (menjadi Menteri Kewangan). Tahun 1992 empat kali, tahun 1993 empat kali, tahun 1994 empat kali, tahun 1995 empat kali, tahun 1996 tiga kali, tahun 1997 empat kali, tahun 1998 dua kali dan dipecat," katanya bagi menjawab soalan dari Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin sebelum itu mengaskan bahawa pengurusan Permatang Pauh lebih berkesan berbanding apa yang dilakukan oleh Pekan ketika ini dan meminta agar menteri memberikan perincian mengenai tata kelola di antara kedua-dua individu tersebut.

Tegas Ahmad, keberkesanan Pekan dalam menguruskan dana negara dapat dilihat berbanding apa yang dilakukan oleh Permatang Pauh.

"Dalam masa lapan tahun, 29 kali bajet tambahan daripada Permatang Pauh," jelasnya.

No comments:

Post a Comment